HomeUtamaOperasi Sanggah bantu ESSCOM tangani kes penculikan

Operasi Sanggah bantu ESSCOM tangani kes penculikan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Semporna : Kejadian penculikan yang berlaku di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) mulai berubah apabila Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mula mengkoordinasikan  Operasi Sanggah dan pelbagai operasi khas bersama pasukan keselamatan lain khususnya di ESS Zone.

Komander Eastern Command, Datuk Victor Sanjos berkata, sejak dari tahun 2000 hingga 2020, sebanyak 25 kes kejadian penculikan direkodkan berlaku di ESS Zone.

“Hasil daripada usaha berterusan tersebut, kita telah berjaya menumpaskan sel-sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan Kumpulan Kidnap For Ransom (KFRG) dengan seramai 17 orang telah ditembak mati dan 23 orang lagi ditangkap. 

“Selain itu, sebanyak 16 kes cubaan penculikan juga telah berjaya dipatahkan pihak berkuasa sejak 10 tahun yang lepas.  Justeru saya menzahirkan penghargaan atas kejayaan ESSCOM, PDRM, ATM dan APMM di ESS Zone dalam mengekalkan rekod sifar insiden penculikan sejak 15 Januari 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di ESS Zone turut kekal terjamin melalui operasi keselamatan secara bersepadu yang dilaksanakan dari semasa ke semasa pada tahun ini.

Katanya, bermula 1 Januari hingga 11 November tahun ini, ESSCOM telah berjaya mengkoordinasi lebih 2.2 juta pemeriksaan fizikal terhadap orang, kenderaan dan bot. 

“Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 512 orang ditahan dan 150 buah kenderaan serta bot dirampas oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan. Di samping itu, seramai 215 orang PATI telah diusir meliputi jumlah 88 buah kapal/ bot dari sempadan negara.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan untuk tempoh yang sama juga, melebihi RM17.5 juta dan nilai rampasan tertinggi daripada penyeludupan rokok dan barang kawalan dengan nilai RM14.3 juta. 

“Selain itu, nilai rampasan dadah dan barang milik PATI masing-masing menyumbang kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM3.3 juta,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular