HomeSukanSabah juara SOPMA 2023, Hajiji ucap tahniah kepada atlet

Sabah juara SOPMA 2023, Hajiji ucap tahniah kepada atlet

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Sabah muncul juara keseluruhan pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 dengan mendominasi carta pungutan pingat berbanding 13 pencabar lain.

Sukan yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam itu menyaksikan atlet Sabah telah memberikan usaha yang terbaik dalam semua acara yang dipertandingkan.

Temasya sukan bagi edisi ke-21 di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang itu menyaksikan lima acara diperkenalkan antaranya olahraga, bola sepak (lelaki), futsal (wanita), badminton dan boling.

Lebih 600 atlet dari 14 buah negeri telah menyertai kejohanan ini, yang menyaksikan Sabah muncul sebagai juara dengan mengumpul 39 pingat melibatkan 17 emas, 15 perak dan tujuh gangsa.

Manakala Sarawak dinobatkan sebagai naib juara dengan 12 pingat secara keseluruhan dan Pulau Pinang ditangga ketiga membawa pulang 12 pingat secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet, pengurusan dan semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan atlet Sabah.

“Kita juara!.. Kontinjen Sabah berjaya menjadi juara keseluruhan Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia XXI,2023 Kuala Lumpur.

“Tahniah buat semua atlet, pihak pengurusan, jurulatih, YB Datuk Ellron Angin, YB Datuk Fairuz Renddan, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan seluruh rakyat Sabah yang mendoakan kejayaan atlet-atlet kita.  Semoga semua selamat pulang kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn memberitahu Kejohanan SOPMA selepas ini akan berlangsung di Sarawak dalam tempoh dua tahun lagi.

Dijangka pada temasya 2025 nanti, tuan rumah bakal menambah tiga lagi acara seperti sukan renang, ping-pong dan orienteering berbanding lima acara yang sedia ada. – SABAH MEDIA / FOTO MSN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya