KOTA KINABALU: Ming Garden Hotel & Residences berkongsi rezeki dan tidak melupakan mereka yang memerlukan sempena sambutan perayaan Krismas yang bakal tidak lama lagi.
Sehubungan dengan itu, Pengurus Besarnya, Patrick Lau berkata, Krismas adalah mengenai perkongsian dan pemberian, justeru, Ming Garden Hotel & Residences telah mengadakan Program Kutipan Amal Krismas dengan mengadakan jualan amal patung (plush toys).
“Hasil jualan akan disalurkan kepada Rumah Kebajikan Bukit Harapan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pencahayaan Pokok Krismas di Lobi Hotel, yang menandakan permulaan musim Krismas pada Jumaat (8 Dis).
Pada majlis itu, upacara menyalakan pokok Krismas bertemakan warna biru dan perak dengan diiringi oleh wakil daripada Rumah Kebajikan Bukit Harapan.
Para tetamu seterusnya dihiburkan dengan kehadiran santa claus, lagu-lagu Krismas yang dinyanyikan oleh kakitangan Ming Garden Hotel & Residences dan Damai Lighthouse Church serta jamuan ringan.
Ming Garden Hotel & Residences turut menawarkan pembelian awal baucar
untuk Bufet Makan Malam Christmas (24 Dis 2023) dan Tahun Baharu 2024
(31 Dis 2023) dengan harga diskaun istimewa.
Tawaran adalah sehingga 15 Disember 2023. Selain itu, baucar untuk Bufet Hi-Tea dan Bufet Makan Malam
Hari Krismas dan Tahun Baharu 2024 juga ada disediakan bagi tujuan
pembelian untuk orang ramai.
Rosewood Lounge, Ming Garden Hotel & Residences juga boleh menawarkan
hidangan tradisional krismas seperti Christmas Stollen Bread, Yule Logs dan Gingerbread Houses.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 088-528 888 atau emel ke
[email protected].