HomeUtamaProjek Solar Berskala Besar Beaufort beroperasi 23 Dis ini

Projek Solar Berskala Besar Beaufort beroperasi 23 Dis ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

BEAUFORT: Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort akan mula beroperasi pada 23 Disember, 2023 dan menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid Sabah. LSS itu akan membantu untuk meningkatkan margin simpanan tenaga grid Sabah dan usaha ini sejajar agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata ketika ini Sabah mempunyai margin simpanan tenaga yang rendah iaitu sebanyak 12.1 peratus menyebabkan bekalan elektrik kurang stabil.

“LSS tersebut dikendalikan oleh Beua Energy East Sdn Bhd akan beroperasi dengan kekuatan 16,992 panel solar dan mencapai Tarikh Awal Operasi (IOD) dengan penjanaan sebanyak 6.0MWc,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah melaksanakan satu lawatan kerja ke tapak LSS di Beaufort pada Jumaat.

Lawatan tersebut adalah susulan kepada lawatan kerja awal yang dilaksanakan ke tapak LLS di Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pengoperasian LSS ini juga akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan
kekurangan kapasiti penjanaan grid.

“Ini akan meningkatkan margin rizab grid SESB ketika waktu beban puncak.

“Secara tidak langsung, pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Sabah,” tambahnya.

Loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Kesemua syarikat yang dilantik sebagai pemaju LLS1 dan LLS2 juga akan mengoperasikan loji solar masing-masing bagi membantu menambah bekalan tenaga ke grid Sabah secara berperingkat sehingga Jun 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular