HomeUtamaUMS cipta sejarah, hasilkan graduan PhD teramai pada konvokesyen ke-25

UMS cipta sejarah, hasilkan graduan PhD teramai pada konvokesyen ke-25

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 yang berlangsung bermula hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila 97 graduan Doktor Falsafah (PhD) akan menerima skrol ijazah.

Jumlah yang direkodkan itu juga merupakan jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah konvokesyen UMS sejak 2003.

Graduan-graduan PhD tersebut merupakan antara graduan pascasiswazah yang akan diraikan pada sidang pertama Majlis Konvokesyen.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, sejumlah 558 pelajar program pascasiswazah dihasilkan pada majlis konvokesyen tahun ini.

“Jumlah ini turut merangkumi 131 orang pelajar Sarjana Penyelidikan; sembilan orang pelajar Doktor Perubatan Kesihatan Awam (DrPH); 15 orang pelajar Sarjana Kesihatan Awam (MPH); 11 orang pelajar Sarjana Speciality Programme for Alcohol and Drug Abuse (SPADA); 143 orang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah serta seramai 152 pelajar program kerja kursus di bawah kendalian Pusat Luar UMS.

“Pastinya detik menerima skrol daripada Tun Canselor UMS merupakan antara saat terindah dan penuh bermakna buat para pelajar sekalian.

“Perasaan sedemikian kita lanjutkan kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga membolehkan mereka dipilih sebagai penerima beberapa anugerah istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) 2023 UMS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Kasim berkata, para graduan mempunyai peranan penting dalam memastikan UMS terus relevan sebagai pusat pengajian tinggi yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat sekitar dan seantero dunia.

“Sekecil-kecil peranan yang anda boleh lakukan ialah dengan membawa imej baik UMS di mana jua anda bekerja atau berada.

“Tonjolkan ketajaman minda dan karisma kepimpinan anda yang selama ini dicungkil dan digilap semasa mengikuti pengajian di UMS,” katanya.

Dalam pada itu, MAP 2023 yang dianjurkan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pelajar pascasiswazah yang cemerlang dan juga meraikan sumbangan pensyarah selaku penyelia cemerlang.

Pada majlis tersebut, Kasim menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Penyelia Terbaik, Anugerah Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Aspirasi Pascasiswazah kepada para penerima.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular