HomeUtamaTerima ijazah selepas 48 jam kehilangan ayah

Terima ijazah selepas 48 jam kehilangan ayah

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : “Pergilah konvokesyen itu, buat yang terbaik dan jangan gementar,” itu pesanan terakhir yang diungkapkan ayah kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik dengan Ekonomi) Muhamad Syafiq Haziq Zamlus.

Muhamad Syafiq menerima ijazah pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 di Dewan Canselor UMS di sini semalam.

Dia yang ditemani ibunya, Rosmah Mahmad mengakui terasa ‘kehilangan’ apabila ayahnya dilaporkan meninggal dunia lebih kurang 48 jam sebelum menaik pentas bagi menerima segulung ijazah.

“Ayah meninggal dunia pada Sabtu lalu kira-kira jam 10 pagi selepas menerima panggilan dari Hospital di Negeri Sembilan. Pada ketika itu saya dan ibu sudah berada di Sabah bagi menghadiri majlis konvokesyen pada hari ini (semalam).

“Secara peribadi, saya rasa ada kurang selesa sebab orang lain ada mak ayah datang tapi saya cuma ada emak sahaja yang datang. Sedih dan sebak bila lihat rakan lain semua ada ibu bapa namun saya tetap syukur ada ibu menemani,” katanya.

Anak sulung dari dua beradik itu berkata, ayahnya telah dimasukkan ke wad selepas dilaporkan terkena jangkitan COVID-19 seminggu sebelum dia berlepas ke Kota Kinabalu bagi menghadiri majlis konvokesyen.

“Ayah sebenarnya memang sudah lama sakit tapi boleh kawal lagi. Tapi selepas seminggu itu dia kena COVID-19 dan masa itu dia tidak larat, tapi dia tetap mahu kami pergi majlis ini.

“Terima kasih kepada UMS kerana mengadakan majlis graduasi ini dan ketika menerima skrol, saya adalah yang terakhir untuk fakulti dan diberi makluman pada semua ayah saya telah tiada. Rasa sedih tapi saya kena kuat,” katanya.

Terdahulu, seramai 4,236 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen UMS yang bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Dari jumlah tersebut, penerima Ijazah Doktor Falsafah adalah seramai 106 orang, Ijazah Sarjana seramai 307 orang, Diploma Pasca seramai 144 orang, Ijazah Sarjana Muda seramai 3,617 orang dan Diploma seramai 62 orang akan menerima skrol masing-masing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular