HomeIsu tempatanMaritim Malaysia perkasa rondaan banteras ketirisan jenayah rentas sempadan, penyeludupan

Maritim Malaysia perkasa rondaan banteras ketirisan jenayah rentas sempadan, penyeludupan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan terus meningkatkan kesiapsiagaan aset dan rondaan di perairan negeri Sabah.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan terus tingkatkan kesiapsiagaan aset dan rondaan bagi membanteras ketirisan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan barang terkawal.

“Menjelang musim perayaan Hari Natal dan Tahun Baharu tidak lama lagi, Maritim Malaysia sentiasa memastikan sempadan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah terus dikawal ketat dengan aset-aset maritim agar kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penyeludupan barang terkawal dapat dibanteras.

“Maritim Malaysia juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam beberapa siri operasi bersepadu diseluruh perairan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Engku Suhaimi berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah merekodkan 50 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, 48 kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan 13 kes di bawah Akta Kastam 1967 dari Januari hingga November 2023.

Katanya, sebanyak 316 jumlah tangkapan pelbagai kesalahan di laut telah direkodkan oleh Maritim Negeri Sabah bermula Januari hingga awal Disember tahun ini dengan anggaran nilai rampasan sebanyak lebih RM7.5 juta.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular