HomeIsu tempatanNamatai, filem sejarah dan budaya Sabah bakal hangatkan pawagam mulai 28 Disember...

Namatai, filem sejarah dan budaya Sabah bakal hangatkan pawagam mulai 28 Disember ini

Read Time:2 Minute, 32 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Namatai, From Kinabalu With Love, sebuah filem aksi tempatan bakal menghangatkan pawagam di seluruh negara mulai 28 Disember ini.

Berlatarbelakangkan kisah ‘Death March’ Sandakan-Ranau dan budaya masyarakat Dusun pada zaman sebelum merdeka, ia disasar membuka era baharu perfileman di Sabah.

Filem yang menggunakan dialek Melayu Sabah dan bahasa Dusun itu juga memiliki unsur antarabangsa yang memungkinkan ia menembusi pasaran luar, khususnya Australia dan Britian.

Pada sidang media memperkenalkan filem baharu itu, Pengarah filem Namatai, Marlin Malalin berkata, pihak produksi mengambil masa kira-kira lima tahun untuk melengkapkan penggambaran dan semua proses perfileman sebelum dapat ditayangkan mulai 28 Disember ini.

Katanya, filem itu telah siap pembikinan pada penghujung 2019 namun proses bagi menyiapkan sepenuhnya terhenti beberapa tahun apabila negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepatutnya filem ini ditayangkan setahun dua selepas 2019 tetapi disebabkan PKP pada ketika itu, proses editing dan yang berkaitan tidak dapat dilaksanakan dan syukur filem ini siap sepenuhnya pda awal 2023.

“Namun kita memilih bulan Disember untuk tayangan dan ianya dipilih berdasarkan strategi pihak pengedar kerana persaingan filem-filem besar dan kita mensasarkan untuk meraih pungutan sekurang-kurangnya RM2 juta ke RM3 juta.

“Saya sedar, produk kita belum dapat diterima diperingkat nasional, maksudnya orang belum lagi ‘terkejut’ dengan kehadiran filem ini dan saya tidak boleh meletakkan sasaran tinggi.  Namun berdasarkan keyakinan pengedar, saya harap ia menjadi satu sejarah untuk perfileman Sabah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kekuatan filem ini, Marlin berkata, filem itu mempunyai elemen-elemen antarabangsa selain turut memaparkan budaya negeri ini iaitu kaum Dusun yang percaya jika seorang individu meninggal dunia, roh mereka akan bersemadi di puncak Kinabalu.

Katanya, filem itu turut mengambil kisah ‘Death March’ Sandakan-Ranau yang melibatkan lebih 3,000 askar bersekutu British , Australia dan beberapa askar lain yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau melibatkan sejauh 300 kilometer dan hanya enam individu yang hidup serta diselamatkan penduduk tempatan.

“Ini adalah dua jalinan yang kita satukan dan kita isi dengan budaya tempatan.  Bagi say aini adalah tarikan Namatai yang harus ditonton kerana jati diri dan keaslian akan dapat ditonton menerusi filem ini.

“Saya tetap berpegang kepada keaslian dimana keaslian itu adalah tunjang bagi menghasilkan suatu karya.  Selain itu kita juga turut memasukkan elemen emosi, konflik dan sebagainya dan ia tidak terlalu budaya sebab takut penonton akan bosan,” katanya.

Dalam pada itu, Marlin berkata, Namatai diambil menerusi bahasa Dusun yang bermaksud roh yang merujuk kepada kepercayaan kaum Dusun.

“Roh itu adalah merujuk kepada kepercayaan kaum Dusun apabila mati, roh mereka akan bersemadi di puncak Kinabalu dan dilihat sebagai kepercayaan nenek moyang mereka.  Meskipun ianya tidak wujud pada masa ini, tetapi ia adalah keaslian kerana itu nama Namatai diambil,” katanya.

Filem yang mula ditayangkan pada 28 Disember ini dijangka akan ditayangkan di 35 buah pawagam seluruh Malaysia.

Marlin berkata, permintaan bagi menayangkan filem berkenaan turut mendapat sambutan pihak pawagam apabila mendapat permintaan hampir 50 buah pawagam.

“Permintaan ini mungkin disebabkan oleh pihak pawagam melihat potensi Namatai itu sendiri yang mampu mendapat tarikan penonton,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PRODUKSI NAMATAI

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular