HomeUtamaMusa Aman terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembangunan UMS

Musa Aman terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembangunan UMS

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Ekonomi Pembangunan) oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-25 di sini hari ini.

Ijazah kehormat yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim itu adalah atas kehebatan dan ketokohan beliau dalam memimpin pembangunan ekonomi negeri Sabah sehingga digelar ‘Arkitek Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah’.

Semasa memberikan ucapan balas, beliau amat menghargai dan menzahirkan ucapan terima kasih atas penghormatan yang sangat tinggi oleh universiti itu.

“Bagi saya anugerah yang diberikan oleh UMS kepada saya sangat tinggi nilainya.

“Justeru, tidak salah rasanya saya kongsikan penghormatan anugerah ini dengan seluruh rakan dalam kabinet Sabah ketika itu, teman-teman seperjuangan dalam kepimpinan, seluruh ahli keluarga serta para pegawai perkhidmatan awam termasuk pegawai-pegawai saya yang sangat berdedikasi ketika berkhidmat membantu saya melaksanakan tugas berat sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh bidang pendidikan, fokus mendalamnya terhadap pembangunan dan peningkatan mutu pendidikan bermula apabila dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1994.

“Saya sedar, isu pendidikan sangat penting dan menjadi tunjang utama mencapai kecemerlangan hidup, lebih-lebih lagi negeri Sabah yang pada ketika itu agak tertinggal dalam bidang pembangunan berbanding negeri-negeri lain.

“Saya percaya bahawa kejayaan ekonomi yang hebat, peningkatan ilmu pendidikan dan kecemerlangan usaha memajukan negeri, sangat berkait rapat dengan iltizam kita untuk melahirkan modal insan berpendidikan tinggi.

“Menyedari kepentingan inilah kerajaan negeri Sabah yang saya pimpin memberikan fokus yang jelas terhadap usaha membina infrastruktur pendidikan berkualiti,” katanya.

Beliau juga menyeru graduan UMS supaya tidak berpuas hati dengan segulung ijazah yang diperoleh hari ini.

“Berusahalah untuk meneruskan pengajian walaupun mungkin ada dalam kalangan anak-anak yang memperoleh kerjaya selepas ini.

“Tanamkanlah dalam diri bahawa pendidikan adalah suatu proses berterusan dan tidak bernoktah ataupun pendidikan sepanjang hayat (Life-long learning),” katanya.

Sebagai rekod, beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun dari tahun 27 Mac 2003 sehingga 11 Mei 2018 dan pernah dilantik sebagai Pro-Canselor UMS dari tahun 2005 hingga 2018.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular