HomeSukanSAGA X : Putatan sasar kutip lebih lima pingat emas

SAGA X : Putatan sasar kutip lebih lima pingat emas

Read Time:1 Minute, 26 Second

Putatan : Kontinjen daerah Putatan mensasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya lebih lima pingat emas pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan membuka tirai secara rasmi bermula Sabtu ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya juga optimis daerah itu akan mampu meraih pingat dalam beberapa acara pilihan utama yang menjadi kegemaran.

“Pada 2019, saya difahamkan Putatan hanya dapat empat pingat emas selain Perak dan Gangsa.  Jadi pada kali ini kita mensasarkan pencapaian pingat emas lebih daripada lima.

“Ada beberapa acara yang boleh dikatakan Putatan ada acara ‘favourite’ seperti Pencak Silat; Petanque; Bola Keranjang; Memanah dan juga Hoki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Khas dan Simbolik Penyerahan Bendera Kontinjen SAGA Putatan sempena SAGA X di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berharap para atlet akan dapat mempamerkan semangat sukan yang tinggi selain disiplin yang baik serta kerja berpasukan sepanjang SAGA berlangsung.

“Pada majlis ini, kita telah mengumumkan sedikit insentif kepada mereka agar dapat memberi prestasi yang lebih baik daripada tahun 201.  Semoga mereka dapat mencapai keputusam yang baik pada SAGA kali ini.

“Insentif ini kita akan berikan selepas tamat SAGA dan sudah tentu ia adalah sebagai insentif dan apresiasi kita terhadap kejayaan mereka,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 22 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya kali ini dan Putatan terpilih jadi tuan rumah bagi sukan Pencak Silat dan Badminton.

Seramai 293 orang peserta akan mewakili kontinjen Putatan dengan penyertaan sukan sebanyak 16 jenis sukan yang disertai.

Khamis ini, sebanyak dua acara awal akan membuka tirai SAGA X iaitu melibatkan acara Ping Pong dan Hoki.

Acara perasmian akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabtu ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular