HomeUtamaSektor Pelancongan Terus Diperkasa dalam Belanjawan Sabah 2024

Sektor Pelancongan Terus Diperkasa dalam Belanjawan Sabah 2024

Read Time:5 Minute, 5 Second

Oleh : Wan Azrain Adnan

1.        Industri pelancongan Sabah di jangka akan terus berkembang pesat dengan pengumuman serta pelancaran beberapa produk pelancongan terkini. Ianya melibatkan pelaburan yang besar serta peningkatan ketersambungan/ connectivity di antara Sabah dan negara lain.

2.        Pada penghujung November 2023, satu perjanjian telah di meterai untuk pembinaan sebuah pusat peranginan mewah bertaraf 5-bintang di Melingsung, Papar, Sabah. Pembinaan pusat peranginan tersebut di anggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1 billion, dan akan menyediakan 500 peluang pekerjaan.

3.        Pada awal Disember 2023, ketika mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di laporkan berkata bahawa syarikat penerbangan Korea Selatan berhasrat untuk menambah bilangan penerbangan di antara Korea Selatan dan Sabah. Asiana Airlines bakal menyediakan penerbangan sewa-khas/ charter harian di antara Incheon dan Kota Kinabalu. Manakala Air Busan pula akan meningkatkan jumlah penerbangan di antara Busan dan Kota Kinabalu, dari 2-kali seminggu kepada 4-kali seminggu.

4.        Pada awal Disember 2023 juga, Air Asia telah melancarkan laluan penerbangan baru yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Incheon, Korea Selatan, dengan penerbangan harian. Dengan laluan terbaru ini, Air Asia akan mengendalikan secara keseluruhan sebanyak 18 laluan dari dan ke Kota Kinabalu, dengan jumlah 282 penerbangan seminggu. Pelancaran tersebut turut memperkukuhkan peranan Kota Kinabalu sebagai hab Air Asia kedua terbesar di Malaysia.

Menerima taklimat semasa Kunjungan Hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun bersama dengan YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Noor menerima taklimat semasa Kunjungan Hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Eksekutif Datuk Kamarudin Meranun bersama dengan YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

5.        Kedua-dua perkembangan tersebut adalah selari dengan jumlah pelancong Korea Selatan yang telah meningkat secara mendadak. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun 2023 (Januari – September 2023), jumlah pelancong Korea Selatan ke Sabah adalah hampir 152,000 orang. Sebagai perbandingan, pada tahun 2022, jumlah keseluruhan pelancong Korea Selatan ke Sabah adalah 55,152 orang.

6.        Malah, pada Ogos 2023, media melaporkan telah berlaku ‘kesesakan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sebabkan oleh ketibaan lima buah penerbangan Korea Selatan dalam tempoh masa 2 jam, melibatkan 1,098 pelancong.

7.        Sejajar dengan jumlah pelancong dan jumlah perdagangan serta pelaburan yang semakin meningkat di antara Sabah dan Korea Selatan, Kerajaan Korea Selatan telah membuka Pejabat Konsulat di Kota Kinabalu pada September 2023. Pembukaan Pejabat Konsulat ini sudah pasti akan memperkukuhkan hubungan kerjasama dua hala di antara Sabah dan Korea Selatan, terutamanya untuk pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

8.        Pada penghujung November 2023, Kerajaan United Kingdom (UK) telah mengumumkan pembatalan nasihat perjalanan yang telah menasihati warga UK agar tidak mengunjungi pulau dan tapak menyelam di kawasan maritim sekitar Kudat, Sabah. Nasihat perjalanan tersebut telah di keluarkan oleh Kerajaan UK sejak tahun 2013, akibat isu keselamatan yang melibatkan pencerobohan oleh pemberontak Sulu.

9.        Keputusan Kerajaan UK ini adalah berita yang amat baik untuk Sabah dan Malaysia, memandangkan nasihat perjalanan tersebut telah diguna-pakai selama 10 tahun. Ini membuktikan usaha Kerajaan Sabah dan Malaysia untuk menjamin keselamatan Sabah telah berjaya dan di iktiraf oleh pihak yang berkaitan. Pengiktirafan ini sudah pasti akan memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa Sabah adalah selamat untuk pelancong dan pelabur.

10.      Justeru itu, keputusan tersebut dapat meningkatkan jumlah pelancong dari UK ke Sabah. Menurut statistik Lembaga Pelancongan Sabah, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun 2023 (Januari – September 2023), seramai 20,532 pelancong dari UK dan Ireland di rekodkan telah melawat Sabah.

11.      Namun begitu, nasihat perjalanan Kerajaan UK agar warga UK tidak mengunjungi Pantai Timur Sabah masih terpakai. Ianya melibatkan kawasan pulau dan tapak menyelam dari Sandakan ke Tawau, termasuk Pulau Lankayan. Ini bermakna Kerajaan Sabah dan Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk menjamin keselamatan di Pantai Timur Sabah agar dapat meyakinkan pihak yang berkaitan.

12.      Maka jelas tahun 2023 telah menyaksikan industri pelancongan di Sabah terus menuju pemulihan dari kesan negatif pandemik Covid-19. Ketika itu, industri pelancongan negara, termasuklah Sabah, telah lumpuh sepenuhnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan. Ini telah menyebabkan ramai pengusaha pelancongan mengalami kerugian besar dan terpaksa menutup operasi. Akibatnya ramai telah kehilangan pekerjaan.

13.      Untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2023 (Januari – Jun 2023), Sabah telah merekodkan ketibaan pelancong seramai 1.2 juta orang, dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM 2.45 billion.

14.      Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022: jumlah pelancong telah meningkat 69.1% dari 708,641 orang, dan jumlah resit pelancongan meningkat 106% dari RM 1.19 billion.

15.      Justeru itu, Belanjawan Sabah 2024 yang di umumkan baru-baru ini akan terus memacu pembangunan industri pelancongan Sabah sebagai sumber utama ekonomi serta pekerjaan rakyat Sabah. Beberapa peruntukkan telah di sediakan di bawah Belanjawan Sabah 2024, termasuklah:

  • RM 39.19 juta: untuk membangunkan khazanah budaya dan sejarah Sabah sebagai produk pelancongan. Ini adalah selari dengan Pelan Induk Pembangunan Kebudayaan Negeri Sabah 2020 – 2030 yang merangkumi pembangunan Sistem Pemetaan Budaya, menaiktaraf kemudahan pelancongan, pemeliharaan dan pemuliharaan dokumentasi khazanah warisan dan budaya serta kawasan bersejarah.
  • RM 5 juta: di peruntukkan kepada Biro Konvesyen Sabah untuk membantu dan memberi sokongan kepada organisasi dan persatuan untuk menganjurkan acara Meetings, Incentive, Conference, Events (MICE) di Sabah
  • RM 106.14 juta: untuk pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti, iaitu produk dan destinasi pelancongan luar bandar

16.      Dengan peruntukkan yang di sediakan serta pelaksanaan yang tersusun, industri pelancongan Sabah akan terus membangun dengan pesat. Ini juga akan dapat menyediakan Sabah untuk meraih hasil lumayan sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

17.      Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular