HomeUtamaKPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM3 juta

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM3 juta

Read Time:1 Minute, 16 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan berjaya mencatat 181 kes dengan nilai rampasan sebanyak lebih RM3 juta sejak Januari lalu sehingga kini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah
KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, dari segi nilai kompaun pula, sebanyak RM34,600 dikenakan atas pelbagai kesalahan dan denda bernilai sebanyak RM20,000.

“Sepanjang bulan Januari hingga kini, KPDN Sandakan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 6,508 premis perniagaan yang meliputi kawasan di bandar dan luar bandar.

“Menerusi pemeriksaan itu, sebanyak 181 kes telah dihasilkan dengan jumlah nilai rampasan sebanyak lebih RM3 juta dan jumlah kompaun yang dibayar adalah sebanyak RM34,600, manakala nilai denda adalah sebanyak RM20,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, dari segi aduan pengguna, sebanyak 149 aduan telah diterima sejak Januari hingga kini dan 148 aduan telah diselesaikan.

Katanya, baki sebanyak satu aduan lagi sedang dalam siasatan.

“KPDN Sandakan ingin mengingatkan semua peniaga di daerah ini agar mematuhi segala undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN dan mempastikan tidak ada berlakunya aktiviti menyorok barang kawalan.

“Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular