HomePolitikUMNO Sabah belum membuat keputusan mengenai rakan kerjasama Kata Timbalan Ketua UMNO

UMNO Sabah belum membuat keputusan mengenai rakan kerjasama Kata Timbalan Ketua UMNO

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu — kepimpinan UMNO Sabah masih menjalankan perbincangan awal dengan semua parti kata Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan. 

Katanya Ini juga  bermakna belum lagi ada keputusan rasmi mengenai siapa rakan kerjasama UMNO Sabah dalam pilihanraya negeri yang akan datang. 

Ujar Abdul Rahman lagi , Dalam sesi retreat (pemukiman) kepimpinan bahagain-bahagian UMNO Sabah bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia baru-baru ini, keputusan yang telah dipersetujui bersama ialah untuk UMNO Sabah mengadakan perbincangan awal dengan semua parti di Sabah.

Tujuannya ialah untuk melihat, menilai dan menimbang parti mana yang boleh dijadikan rakan kerjasama dalam pilihanraya negeri Sabah yang akan datang.

Setelah perbincangan awal dengan semua parti selesai dan setelah dipertimbangkan dengan mendalam, barulah satu keputusan rasmi akan dibuat katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Petang ini, Parti Warisan (WARISAN) dilaporkan  berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dipercayai tahun depan untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat negeri ini.

“Kita duduk semeja (berbincang) dengan mereka (UMNO Sabah) untuk kepentingan wilayah Sabah dan rakyatnya.

“Bagaimana ia dapat diterjemahkan untuk dijadikan kenyataan? Saya nyatakan kepada Bung bahawa kami di sini, kalau perlu kerjasama antara kita (WARISAN dan UMNO Sabah) ialah untuk kepentingan rakyat Sabah,” katanya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan ke-6, hari ini.

Dalam pada itu, Ujar Rahman lagi, beliau berharap penyokong dan aktivis UMNO Sabah di akar umbi bertenang sehingga ada satu keputusan rasmi mengenai rakan kerjasama UMNO Sabah dibuat dalam masa terdekat ini katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular