Read Time:30 Second
Kota Kinabalu : Seramai 25 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan dua insiden kebakaran di Kampung Tanjung Aru baru-baru ini menerima sumbangan wang dan bakul makanan.
Sumbangan itu disalurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru di sini semalam.
Penerima sumbangan merupakan mangsa yang terlibat dalam dua insiden kebakaran berasingan di Kampung Tanjung Aru Baru dan Kampung Tanjung Aru Lama membabitkan sembilan buah rumah pada 23 dan 29 November lalu.