HomeIsu tempatanMUIS, PBNS salur sumbangan kepada 25 KIR terlibat kebakaran

MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 25 KIR terlibat kebakaran

Read Time:30 Second

Kota Kinabalu : Seramai 25 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan dua insiden kebakaran di Kampung Tanjung Aru baru-baru ini menerima sumbangan wang dan bakul makanan.

Sumbangan itu disalurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru di sini semalam.

Penerima sumbangan merupakan mangsa yang terlibat dalam dua insiden kebakaran berasingan di Kampung Tanjung Aru Baru dan Kampung Tanjung Aru Lama membabitkan sembilan buah rumah pada 23 dan 29 November lalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Projek Komuniti Antarabangsa bantu usahawan tani di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular