HomeSukanSAGA X : Persiapan majlis perasmian berjalan lancar

SAGA X : Persiapan majlis perasmian berjalan lancar

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Persiapan bagi Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Sabtu ini berjalan lancar.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, semua yang terlibat telah memberikan kerjasama sepanjang persiapan diadakan.

“Setakat ini, persiapan bagi majlis perasmian hampir mencapai seratus peratus. Semua agensi yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah dan lain-lain memberikan komitmen yang baik bagi memastikan persiapan berjalan lancar.

“Kontinjen-kontinjen juga menunjukkan semangat yang kuat menjelang majlis perasmian yang akan berlangsung pada Sabtu ini bermula jam 7 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sesi raptai majlis berkenaan di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini malam ini.

Fairuz berkata, pihaknya menjemput seluruh masyarakat di sekitar Kota Kinabalu untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis perasmian berkenaan.

Beliau juga menyarankan agar semua rakyat termasuk atlet SAGA X agar terus berhati-hati dan mengamalkan penjagaan kendiri berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan akuatik mampu kembangkan potensi dan minat pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular