HomeSukanSAGA X : Sandakan dahului pungutan pingat, pertahan emas Ping Pong berpasukan

SAGA X : Sandakan dahului pungutan pingat, pertahan emas Ping Pong berpasukan

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Sandakan berjaya mengekalkan kejuaraan menerusi acara Ping Pong berpasukan Lelaki dan Perempuan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 pagi tadi.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan Sandakan memperoleh dua pingat emas pertama SAGA pada hari kedua kejohanan yang berlangsung di Dewan Perdana Maksak Likas di sini.

Pasukan Ping Pong wanita yang mewakili Sandakan

Bagi kategori lelaki, pasukan Sandakan menewaskan Kota Kinabalu dengan pungutan mata 3-0.

Manakala, Tawau terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas 3-2 kepada pasukan Sandakan bagi kategori wanita.

Sehingga jam 2 petang tadi, Sandakan berada di kedudukan pertama dengan mengutip dua pingat emas.

Manakala Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan pungutan satu pingat perak.

Bagi kontinjen Beaufort; Keningau; Kudat; dan Papar masing-masing mengutip satu pingat gangsa dan lain-lain kontinjen masih belum memperoleh sebarang pingat.

Selain Ping Pong, turut berlangsung pada hari ini ialah Hoki yang telah bermula sejak semalam.

Manakala Boling Padang turut diadakan di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Keningau pada hari ini.

Esok beberapa lagi acara lain turut berlangsung termasuklah Bola Sepak, Pencak Silat dan Sepak Takraw. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular