HomeUtamaUnduk Ngadau 2021 genggam ijazah, jadikan ibu pendorong kejayaan

Unduk Ngadau 2021 genggam ijazah, jadikan ibu pendorong kejayaan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : “Ibu insan pertama yang sentiasa beri semangat untuk saya,” kata bekas Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska.

Maya,23, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Seni Muzik) sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 di sini.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, sokongan dan restu daripada ibu amat penting selain ianya menjadi pendorong kepada kejayaan dirinya untuk memperoleh ijazah.

Maya bersama ibunya Jenny

Bekas pelajar Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF), UMS itu berkata, ibunya, Jenne Lajiun menjadi antara individu terpenting apabila mendapat ‘lampu hijau’ untuk dirinya menyertai Unduk Ngadau pada tahun 2021. 

“Dengan sokongan dan restu ibu, saya juga telah menyertai pertandingan Unduk Ngadau pada tahun 2021.

“Walaupun pada mulanya hanya untuk suka-suka tetapi tidak menyangka mampu muncul juara pada pertandingan tersebut, apatah lagi pada waktu itu adalah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya hanya mencuba nasib,” katanya. 

Dalam pada itu, Maya berkata , ibunya juga sentiasa menyokong apa yang dilakukannya sehingga sanggup menemani beliau ke mana-mana.

“Ibu ialah insan pertama yang sentiasa memberi semangat dalam setiap perkara yang saya lakukan. Ibu juga pengurus dan saya tidak akan menyertai apa-apa pertandingan jika tiada kebenaran daripada ibu saya.

“Saya tidak mengidolakan siapa-siapa, mungkin ini hanyalah keperibadian saya tapi sebab utama saya berbuat suatu perkara itu adalah kerana keberkatan dari Tuhan dan restu dari ibu saya terutamanya,” katanya.

Maya turut berkongsi bahawa pengurusan masa adalah penting tatkala aktif menyertai aktiviti lain khususnya di luar UMS, serta berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular