HomeSukanAksi terakhir 'wak am' malam ini

Aksi terakhir ‘wak am’ malam ini

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pemain senior Sabah FC Mohd Amri Yahyah, akan beraksi buat kali terakhir malam ini bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas mengambil keputusan untuk bersara daripada arena profesional bola sepak.

Perkara itu dinyatakan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee semalam.

Kim Swee mengakui Amri seorang seorang pemain yang cukup berpengalaman.

“Kita akan memberi perpisahan kepada Amri Yahya, di mana beliau akan  bersara daripada ‘profesional football’. Beliau adalah seorang pemain yang cukup berpengalaman dan saya percaya esok dengan adanya Amri, pasti para penyokong boleh memberikan sesuatu.

“Ia penting bukan saja pasal Amri tetapi kita inginkan penyokong untuk membantu kita memberi motivasi lebih kepada pemain apabila berlawan dengan Kedah,” katanya, di sini, semalam.

Pemain berusia 42 tahun berasal dari Tanjung Karang, Selangor itu merupakan bekas pemain kebangsaan dari 2004 hingga 2017 yang mula bersama Sabah pada 2021.

Amri juga banyak membantu skuad Sang Badak melakar kemenangan dalam perlawanan yang disertainya, khususnya dalam saingan Liga Super.

Beliau berkhidmat paling lama bersama Selangor dari 2001 hingga 2013, sebelum berhijrah ke selatan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2014 hingga 2016.

Amri kemudian menyertai Melaka United buat seketika pada 2017, sebelum kembali bersama Selangor hingga 2019 dan seterusnya ke Sarawak United pada 2020.

Sementara itu, Kim Swee mengakui pertemuan dengan Kedah Darul Aman FC dalam aksi akhir Liga Super 2023, di Stadium Likas, malam ini bukan perlawanan yang mudah.

Beliau turut mengakui pasukan dari utara Semenanjung itu memiliki kekuatan tersendiri untuk mempertahankan kedudukan di tangga ketiga carta liga yang diduduki skuad berkenaan ketika ini.

Bagaimanapun, Kim Swee tetap meletakkan harapan agar Sang Badak dapat mempamerkan persembahan yang lebih baik berbanding ketika menentang PSM Makassar dalam saingan akhir Kumpulan H, Piala AFC, Khamis lalu.

“Penting untuk perlawanan esok di mana kita akan bermain dalam perlawanan terakhir bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

“Saya percaya ia bukan satu perlawanan yang mudah. Kita tahu pasukan Kedah juga mempunyai kekuatan, tapi saya harap kita berada dalam keadaan yang lebih baik, tidak seperti yang  kita lalui dengan Makassar,” katanya.

Beliau sebelum ini menyatakan keyakinannya untuk Sabah FC bangkit selepas kekalahan di tangan PSM Makassar bagi merampas tempat ketiga Liga Super musim ini daripada Kedah.

Kim Swee berkata, jika mendapat keputusan yang baik pada perlawanan esok, ia akan memberi satu pengiktirafan kepada skuad Sang Badak kerana mengekalkan tempat ketiga Liga Super.

“Namun, untuk melalui proses ini, saya percaya bukan satu perkara yang mudah  tetapi dengan mentaliti kuat dan sokongan daripada pihak pengurusan dan ini amat penting, perjalanan kita selepas ini bertambah baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular