HomePolitikGRS selamatkan Sabah dan sejahterakan rakyat - Armizan

GRS selamatkan Sabah dan sejahterakan rakyat – Armizan

Read Time:2 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Laungan slogan ‘Selamatkan Sabah, Sejahterakan Rakyat’ oleh parti Warisan adalah retorik, trek rekod kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah selamatkan Sabah, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

“Slogan yang dilaung parti Warisan, bagi saya ia adalah retorik, dia ada hak untuk datang dengan apa-apa tema perjuangan mereka agenda mereka, bagi kami apa yang penting rakyat kita sudah semakin matang rakyat lebih melihat kepada ‘result over rhetoric‘ atau hasil atas retorik itu yang cukup penting dan itu yang kita lakukan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri dan saya daripada GRS itulah fokus kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Sabah Street Fashion Show di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, sebenarnya kerajaan GRS telah selamatkan Sabah daripada hanya menerima RM53 juta pemberian khas yang telah dipersetujui oleh kerajaan Warisan melalui surat pada Oktober 2019 kepada Kerajaan Persekutuan.

“GRS selamatkan Sabah daripada terima hanya 53 juta bila GRS ambil alih kerajaan dengan pantas Datuk Seri Hajiji Noor tulis surat batalkan persetujuan kerajaan negeri dan tuntut untuk jumlah yang lebih besar, kita berjaya dapat RM125 juta pada tahun 2022, 2023 ini ditingkatkan kepada RM300 juta.

“jadi mana yang selamatkan Sabah RM53 juta kah, RM125 juta, RM300 juta? jadi itu practical question, saya pernah tanya kepada satu MP apa asas mereka setuju RM53 juta pada tahun 2019, adakah RM53 juta itu 40 peratus, sampai sekarang MP itu tidak jawab.

” Jadi saya mahu tanya mungkin MP Kota Belud tolong jawab beliau berada dalam kerajaan persektuuan sebagai timbalan menteri adakah 53 juta yang kerajaan Warisan setuju itu melalui surat rasmi Oktober 2019, RM53 juta itu 40 peratus?

“Jadi cukup-cukuplah kita gunakan retorik politik, bagi saya Sabah dan rakyat Sabah tidak akan maju kalau 20 tahun kita hanya bersandarkan retorikal politik, semua political players yang ada di Sabah ini pernah berada dalam kerajaan, sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan jadi masing-masing ada trek rekod, boleh semak trek rekod masing-masing,” tegasnya.

Mengenai ‘kesejahteraan rakyat’, Armizan berkata, tidak pernah ada dalam sejarah kerajaan Sabah ada program khas bagi rumah kepada rakyat, tapi kerajaan GRS pada tahun 2022 memperkenalkan Rumah Mesra SMJ, sebanyak 20 unit Rumah Mesra SMJ untuk setiap kawasan DUN, tahun depan kerajaan GRS PH Sabah akan teruskan program itu.

“Tetapi masa Warisan tidak ada program untuk beri rumah kepada rakyat hanya bergantung kepada kerajaan persekutuan, jadi siapa sejahterakan rakyat Sabah, Warisan atau GRS? Jadi itu adalah contoh mudah.

Menurut Armizan apa sahaja agenda, slogan dan retorik, sekarang di peringkat negeri GRS PH adalah kerajaannya keutamaan untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan pembangunan Sabah.

“itu untuk buktikan kepada rakyat, berusaha sehabis baik untuk kita menangani isu-isu rakyat kita, jadi saya harap MP Kota Belud yang retoriknya cukup hebat, teks yang dibaca dengan intonasi yang cukup mantap terbaik jawablah pertanyaan saya adakah RM53 juta itu 40 peratus untuk menyelamatkan rakyat Sabah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular