HomeSukanSabah FC tambah pemain tempatan, usaha kekal pencapaian musim depan

Sabah FC tambah pemain tempatan, usaha kekal pencapaian musim depan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC akan menambah pemain tempatan dalam skuad utama musim depan dalam usaha mengekalkan pencapaian skuad Badak pada musim baharu nanti.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pasukan Sabah juga akan turut mengekalkan sebahagian besar para pemainnya.

“Pencapaian tahun ini perlu dikekalkan ke cabaran musim hadapan. Oleh itu saya bersetuju dengan cadangan Datuk Ong Kim Swee untuk mengekalkan sebahagian besar pemain musim ini ke musim hadapan, di samping menambah bilangan pemain tempatan yang diserapkan ke pasukan utama.

“Harapan saya agar pemain-pemain tempatan ini mendapat pengalaman daripada pemain senior khususnya yang pernah dan sedang menyarung jersi kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan tiga pemain Sabah FC menanandatangani kontrak bersama pasukan, di sini semalam.

Tiga pemain terbabit, masing-masing dua pemain tempatan iaitu Rawilson Batuil dan Umareng Bachok, manakala seorang pemain import, Ramon Machado de Macedo.

Ketiga-tiga mereka akan mengikat kontrak selama setahun lagi untuk bermain bersama pasukan Sabah FC.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengucapkan tahniah atas pencapaian Sabah FC berjaya mara ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC setelah menjuarai Kumpulan H dan mengekalkan prestasi selaku lima pasukan terbaik Liga Super 2023.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata seramai 19 pemain Sabah FC pada musim ini masih kekal bersama pasukan kerana mempunyai baki kontrak sehingga musim depan.

Katanya, beberapa pemain lagi termasuk Mohd Amri Yahya yang bersara akan tamat kontrak dan mungkin meninggalkan pasukan.

“Amri bersara dan beberapa pemain lagi akan tamat kontrak bersama Sabah FC. Seperti biasa ini berlaku pada setiap musim, di mana pemain datang dan pergi tetapi seperti kita bincang bersama pengurusan, kita setuju untuk tambah pemain tempatan terutama dari Sabah untuk diketengah bersama pemain sedia ada dalam pasukan Liga Super bagi mengharungi musim akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular