HomeUtamaSAGA X : Seni silat perlu terus dipelihara, warisan budaya identiti negara

SAGA X : Seni silat perlu terus dipelihara, warisan budaya identiti negara

Read Time:1 Minute, 12 Second

Putatan : Seni silat yang menjadi antara satu acara sukan di Malaysia perlu terus dipelihara selain menjadi satu warisan budaya yang merupakan identiti negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, silat bukan sahaja digunakan sebagai satu seni untuk mempertahankan diri tetapi juga dijadikan sebagai satu aktiviti untuk meningkatkan jati diri terutamanya bagi anak muda.

“Saya berharap anak muda akan diberi pendedahan lebih lagi berkaitan silat dan akan diperluaskan lagi agar warisan kita dapat terus terpeplihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Sukan Pencak Silat Sukan Sabah (SAGA) ke-10 di Dewan Sri Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, daerah itu dipilih menjadi tuan rumah bagi dua acara sukan iaitu silat dan badminton.

“Saya berharap akan lebih banyak acara sukan akan dapat dibuat di daerah Putatan pada masa akan datang apabila adanya Mini Stadium Putatan yang dijangka siap pada tahun 2025 kelak.

“Dengan adanya prasarana sukan yang lebih lengkap maka kita akan dapat mengetengahkan lebih banyak bakat-bakat baru sekaligus melahirkan lebih ramai atlit di negeri Sabah ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sukan silat semalam mempamerkan aksi pesilat daripada 22 daerah yang bertanding dalam tiga kategori Kelas A (45kg – 50kg) , B (50kg – 55kg) dan C (55kg – 60kg) bermula jam 8 pagi.

Bagi silat seni pula, 18 pasukan berentap dalam tiga kategori solo kreatif, tunggal dan ganda masing-masing dengan sembilan, tujuh dan tiga perlawanan yang diadakan pada sebelah petang.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular