Tuaran : Pasukan Sepak Takraw Beluran berjaya meraih pingat emas bagi acara berpasukan wanita selepas menewaskan Papar 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Sri Sulaman di sini pagi tadi.
Beluran turut berjaya meraih pingat perak menerusi acara berpasukan Lelaki selepas tewas 1-2 kepada Tenom yang berjaya meraih pingat emas.
Pasukan mewakili Tawau dan Tuaran pula berjaya meraih pingat gangsa bersama bagi acara berpasukan wanita.
Manakala pasukan mewakili Papar dan Tawau bagi acara berpasukan Lelaki berjaya meraih pingat gangsa bersama.
Dalam pada itu, bagi acara berbasikal ujian masa perseorangan lelaki yang diadakan semalam menyaksikan Tawau yang diwakili Mohd Zahir Zahari berjaya meraih pingat emas; Muhamad Shukrie Rodia (Kota Kinabalu); dan Muhammad Alfadz Fiqri Abdul Bayan (Gangsa).
Bagi ujian masa perseorangan wanita yang turut diadakan semalam menyaksikan Nurwahidah Ozri mewakili Tawau berjaya meraih pingat emas; Drevionna Magdelynna Davin (Perak) dan Jacquelyn Jimmy (Penampang).
Sementara itu bagi ujian masa berpasukan Lelaki, pingat emas bagi acara berkenaan telah dimenangi pasukan mewakili Kota Kinabalu ; Tawau (Perak) dan Beaufort (Gangsa).
Pada hari ini, bagi acara 200 meter pecut akhir kategori Lelaki, pingat emas berjaya dimenangi Akmal Thaqif Begurdy yang mewakili Tawau dan perak dimenangi Jun Lee mewakili Kota Marudu.
Manakala gangsa bagi acara sama dimenangi Muhammad Aiman Zakwan (Beaufort) dan Muhammad Nur Irfan Roslan (Kota Belud).
Bagi kategori wanita 200 meter pecut, peserta mewakili Ranau Drevionna Magdelynna Davin berjaya meraih pingat emas dan Nur Dini Nazifa Ag Ali yang mewakili Membakut meraih pingat perak.
Pingat gangsa berjaya dimenangi Evlighta Willborn (Tuaran) dan Haziqah Adriana Milin yang mewakili Beaufort. – SABAH MEDIA