HomeIsu tempatanPenyelidik FPSK, UMS adakan TOT berkaitan AMR kepada murid sekolah di Kota...

Penyelidik FPSK, UMS adakan TOT berkaitan AMR kepada murid sekolah di Kota Belud

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sekumpulan penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program Training of Trainers (ToT) berkaitan Antimicrobial Resistance (AMR) dalam kalangan murid sekolah rendah di SK Pekan, Kota Belud baru-baru ini.

Program itu bertujuan melatih peserta untuk menjadi pembimbing rakan sebaya bagi menyebarkan kesedaran berkenaan AMR.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan pengetahuan dan amalan berkenaan AMR dalam kalangan peserta.

Majlis pembukaan program ini disempurnakan oleh Guru Besar, SK Pekan Kota Belud, Rusdi bin Suin.

Menurutnya, program seperti ini sangat memberi manfaat bukan kepada murid-murid malahan juga kepada guru-guru.

“Seperti yang kita sedia maklum, AMR merupakan salah satu ancaman yang besar kepada negara. Jadi, amatlah sesuai jika pendedahan tentang AMR diberikan sejak dari sekolah.

“Kami dari pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak universiti demi pembangunan anak watan,” katanya.

Diketuai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan FPSK, Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad, katanya peningkatan AMR menjadi ancaman membimbangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana ia menyebabkan penyakit sukar diubati dan akan meningkatkan risiko morbiditi dan kematian.

“Oleh yang demikian, kempen pendidikan awal berkenaan AMR amatlah membantu dalam mengurangkan penyebaran AMR.

“Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada United States Agency for International Development- Southeast Asia One Health University Network (USAID-SEAOUN) kerana sudi menaja program ini,” katanya yang juga merupakan Ketua Projek AMR.

Untuk rekod, seramai 20 orang murid dari darjah 4 sehingga 6 dari SK Pekan dan SK Piasau, Kota Belud dan tiga orang guru pengiring telah menyertai program ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular