HomeSukanSAGA X : Rekod 100 meter lebur, Raja Pecut milik Hanssen

SAGA X : Rekod 100 meter lebur, Raja Pecut milik Hanssen

Read Time:1 Minute, 6 Second

Tuaran : Atlet Tambunan, Hanssen Yap Soon Fu mencuri tumpuan pada acara akhir 100 meter temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 hari ini apabila berjaya mencipta rekod baharu kejohanan.

Rekod masa yang dicatat Hanssen 10.46s itu sekaligus turut menobatkan beliau sebagai raja pecut SAGA tahun ini.

Catatan yang dilakukan di Kompleks Sukan Tuaran itu memadamkan rekod sebelim ini yang dilakukan Mohammad Nor Musyaraf Mohd Sari dari Sandakan pada 2019 iaitu 10.76s.

Hanssen ketika ditemui mengakui gembira dan tidak menyangka untuk mencipta rekod baharu kejohanan meskipun berdepan saingan daripada rakan sepasukan Dexter Bedie yang berada ditempat kedua dan Pengiran Aidil Auf Hajam ditempat ketiga.

Hanssen (tengah) bersama pemenang pingat Perak dan Gangsa

“Saya rasa gembira dan tidak menyangka untuk mencatat rekod 10.46 saat. Saya juga sasar untuk raih emas namun saingan juga hebat khususnya dari rakam sepasukan dan Pengiran dari Sandakan.

“Dari segi persediaan memang banyak cabaran, saya ada mengalami sedikit kecederaan tapi saya kuatkan juga semangat. Pembahagian masa antara sekolah dan latihan juga mencabar dimana saya kena berlatih hampir setiap hari,” katanya.

Hanssen turut mengakui ibunya menjadi antara pembakar semangat untuk berjaya dalam acara olahraga yang disertainya.

Sementara itu, rakan sepasukan Dexter Bedie meraih perak dengan catatan masa 10.49s dan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg.Roslie mewakili Sandakan meraih gangsa dengan catatan masa 10.54s. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular