HomeUtamaBekalan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 cukup - KPDN

Bekalan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 cukup – KPDN

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Bekalan penjualan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 di pasaran setakat ini masih ada dan mencukupi, kata Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Zulfamy Mat Udi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubungan situasi semasa penjualan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 disebabkan peningkatan kes Covid-19, KPDN Sabah mengambil maklum berhubungan trend kes Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat setiap hari di Negeri Sabah.

Zulfamy berkata, berdasarkan kepada pengedaran dan penjualan pelitup muka, cecair sanitasi serta test kit Covid-19 di negeri ini mendapati ada dijual dipasaran sama ada di farmasi atau pasar raya pada harga yang murah dan berpatutan.

“Setakat ini, KPDN Sabah tiada menerima sebarang aduan ataupun laporan berhubungan kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan tersebut di pasaran.

“Beberapa premis farmasi yang telah
diperiksa juga memaklumkan permintaan terhadap test kit Covid-19 ada berlaku sedikit peningkatan permintaan, walau bagaimanapun, bekalan masih ada mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak farmasi juga sentiasa menambah stok bekalan daripada pembekal untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat. Keadaan di pasaran juga tidak berlaku ”Panic Buying” daripada pengguna.

“Anggota Penguat Kuasa KPDN Sabah akan sentiasa berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi barang-barang keperluan termasuk pelitup muka, cecair sanitasi serta test kit Covid-19 sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga ataupun kekurangan bekalan barang
kawalan.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan seperti berikut:
a) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
b) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
c) Call Centre 1-800-886-800;
d) Emel: [email protected] ;
e) Ez ADU KPDN;
f) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
g) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;

RELATED ARTICLES
Utama

Suami isteri ditangkap miliki syabu seberat 466.07g

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular