HomeSukanSAGA X : KK, Tuaran rangkul dua emas acara Badminton

SAGA X : KK, Tuaran rangkul dua emas acara Badminton

Read Time:2 Minute, 4 Second

Putatan:  Pasukan Badminton mewakili Kota Kinabalu dan Tuaran masing-masing merangkul dua pingat emas pada kejohanan Badminton Sukan Sabah (SAGA) ke-10 di Dewan Juara Badminton di sini petang tadi.

Pingat emas pertama Kota Kinabalu disumbang menerusi beregu campuran Quinton Yap Rung En dan Goh Shuen Tong setelah menewaskan pasangan Kota Marudu, Daniel Edry Elvestly dan Audrey Verylane yang meraih perak dengan 21-19, 21-9. 

Muhammad Nur Azhar (kiri) dengan pingat emas (perseorangan lelaki) dan perak (beregu lelaki) diiringi oleh Pengurus Pasukan Badminton Pitas, Azroy Ruddy (kanan).

Pingat emas kedua pula disumbang dalam beregu wanita, Arena Satu Samin dan Goh Shuen Tong apabila berhasil menentang pasangan Tuaran, Cassey Rynn Rompog dab Jovine Calvin (perak) dengan 21-12, 21-15. 

Saidatul (kiri) menyumbang pingat emas untuk Tuaran selepas menewaskan rakan sepasukan, Cassey.

Tuaran memperoleh pingat emasnya melalui kategori beregu lelaki, Datu Anif Isaac Datu Asrah dan Hymns Isaiah Shim selepas pasukan Pitas, Hafiz Hakimi Hashim dan Muhammad Nur Azhar Zunaide memohon retire kepada pengadil dalam perlawanan kedua akibat kecederaan yang dialami Hafiz. 

Datu Anif Isaac dan Hymns Isaiah bersama pingat emas yang diraih dalam kategori beregu lelaki

Emas kedua Tuaran pula disumbang dalam kategori perseorangan perempuan, Saidatul Saadiah Muhammad yang menang ke atas rakan sepasukan, Cassey Rynn Rompog dengan 21-16, 18-21 dan 21-18. 

Satu lagi pingat emas berjaya dibawa pulang oleh pasukan Pitas menerusi pemain harapan, Muhammad Nur Azhar Zunaide yang menumbangkan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Hamz Haiqal Azahawari dari pasukan Tuaran dengan 21-14, 21-15.

Quinton Yap Rung En dan Goh Shuen Tong menerima pingat masing-masing.

Sementara itu pemenang pingat gangsa bagi kategori beregu campuran diraih pasukan Tuaran iaitu Saidatul Saadiah dan Hymns Isaiah selepas menundukkan pasangan Keningau, Vellery Yap Ka Ying dan Fredinan Ramno 21-14, 21-17.

Turut meraih gangsa, pasangan beregu wanita Sandakan, Jola Lim Zi Yu dan Sarah Lim Yung Sie yang menang kepada pasangan Kota Kinabalu, Fong Yii Zhan dan Melody Chew Shi Qing.

Hafiz Hakimi (kiri) ketika mennetang Datu Anif Isaac dalam penentuan pingat gangsa kategori perseorangan lelaki.

Pemenang pingat gangsa seterusnya ialah pasangan beregu lelaki Kalabakan, Dave C J dan Voo J Y menang kepada pasangan Kota Kinabalu 21-20, 21-17, selain peserta Kota Kinabalu, Arena Satu Samin yang menewaskan peserta Sandakan, Jola Lim Zi Yu dalam kategori perseorangan wanita.

Dalam kategori perseorangan lelaki, peserta Tuaran Datu Anif Isaac juga menerima pingat gangsa kerana mengalahkan peserta Pitas, Hafiz Hakimi Hashim.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular