HomeUtamaKPLB Sabah mahu warga kerja beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

KPLB Sabah mahu warga kerja beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah mahu semua warga kerjanya termasuk kakitangan Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil agar sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua tanpa sebarang perbezaan.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, penekanan hendaklah ditumpukan terhadap mutu kerja berpasukan agar ianya lebih efisien, efektif, proaktif, dinamik dan produktif.

“Sentiasa bersedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab serta komited untuk mencapai matlamat Kementerian dan negara.

“Hasrat murni Kerajaan ini perlu kita semat di dalam jiwa setiap warga KPLB Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Majlis Perbandaran Sandakan (MPS); Majlis Perbandaran Tawau (MPT); Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil kerana setiap penjawat awam merupakan jentera utama kepada Kerajaan untuk menyampaikan hasrat kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi KPLB di sini baru-baru ini.

Jahid berkata, keberkesanan penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mencerminkan keberkesanan kerajaan dalam menyelami jiwa rakyat.

Katanya, perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selagi bergelar penjawat awam.

“Kita harus bersama-sama dengan Kerajaan demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Saya yakin semua kakitangan KPLB sudah mengerti tanggungjawab masing-masing dan saya di sini sebagai Menteri di Kementerian ini bertanggungjawab bagi memastikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Dengan kemampuan yang ada dan sokongan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan, saya yakin dan pasti Kementerian ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang bagi mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya kepada rakyat semua,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular