HomeSukanSAGA X : Akmal, Drevionna dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati

SAGA X : Akmal, Drevionna dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati

Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu : Atlet berbasikal Tawau, Akmal Thaqif Begurdy,16, dinobatkan sebagai Olahragawan dan atlet berbasikal Ranau, Drevionna Magdelynna Davin,15, diumumkan sebagai Olahragawati Sukan Sabah (SAGA) X 2023.

Akmal terpilih berdasarkan pencapaiannya yang merangkul dua emas masing-masing menerusi acara acara 1,000 meter ujian masa dengan catatan masa 01:20:854 dan acara 200 meter pecut dengan catatan masa 14.101.

Selain dua emas, Akmal turut berjaya meraih pingat perak menerusi ujian masa berpasukan dengan catatan masa 1:09:726.

Diperingkat negeri dan Kebangsaan, anak kelahiran Tawau itu berjaya johan dalam kejohanan peringkat negeri acara Road dan MTB 2023 selain menduduki tempat keempat pada kejohanan lebuhraya kebangsaan 2023.

Sementara itu, Drevionna terpilih berdasarkan pencapaiannya yang berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara 200 meter pecut dan 500 meter ujian masa selain perak menerusi acara ujian masa perseorangan wanita.

Selain itu, anak kelahiran Ranau itu juga pernah meraih pingat pada SAGA kesembilan di Keningau dengan meraih masing-masing satu emas, perak dan gangsa.

Pada SAGA 2019, Drevionna memperoleh emas menerusi Cross Country Team Rekay MTB; ujian masa perseorangan (perak) dan Cross Country Olmpic MTB (gangsa).

Akmal dan Drevionna menerima anugerah itu pada Majlis Penutupan SAGA X di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM1,000 dan trofi.

Turut diumumkan juara keseluruhan SAGA X ialah kontinjen Kota Kinabalu yang berjaya membawa pulang 87 pingat emas melibatkan 32 emas; 25 perak dan 30 gangsa.

Terdahulu, Ellron dalam sidang medianya berkata, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran SAGA pada tahun ini 

“Saya tidak melihat ada komen daripada para atlet mengenai cara pengendalian sukan kali ini.  Ia agak berlainan.  Pada SAGA kali ini kita beri peruntukan dengan pasukan yang mengambil bahagian dan mereka sendiri urus kewangan itu.

“Ia termasuklah soal penginapan, makan dan minum termasuk juga pengangkutan.  Kita juga tidak mendengar apa-apa aduan mengenai kelambatan penghantaran atlet ke venue pertandingan,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron turut berkata, jawatankuasa teknikal dan pertandingan akan memperkenalkan 28 jenis sukan teras pada SAGA akan datang berbanding 22 jenis sukan pada edisi kali ini. 

“Selain itu, sistem scoring juga akan diguna sepenuhnya untuk sukan tinju, silat dan karate pada edisi SAGA akan datang,” katanya.

SAGA ke-11 akan berlangsung di daerah Tawau pada 2025. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular