HomeSukanSAGA X : Kota Kinabalu pertahan emas acara bola keranjang

SAGA X : Kota Kinabalu pertahan emas acara bola keranjang

Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola keranjang mewakili Kota Kinabalu berjaya mempertahankan pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini semalam.

Bagi kategori lelaki, pasukan Kota Kinabalu berjaya menewaskan Kinabatangan dengan pungutan mata 84-70 manakala Putatan meraih pingat gangsa.

Pasukan Kota Kinabalu meraih pingat emas bagi kategori wanita

Sementara itu, kategori wanita menyaksikan Kota Kinabalu berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan Lahad Datu dengan pungutan mata 72-42 dan Penampang meraih pingat gangsa.

Ketua Jurulatih Pasukan Kota Kinabalu, Helbert Legada berkata, meskipun dengan latihan yang agak terhad, namun bakat semulajadi atlet membolehkan mereka meraih pingat emas dalam acara berkenaan.

Pasukan Kota Kinabalu meraih pingat emas bagi kategori lelaki

“Disiplin, komitmen, kemampuan mengawal emosi dan kerjasama adalah kunci kemenangan kami pada hari ini.

“Saya berharap agar ada di antara mereka yang akan terpilih untuk menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan akhir di sini semalam.

Beliau yang pernah mewakili negara dalam acara bola keranjang bagi tahun 1995/1998 berpesan kepada atlet agar terus berlatih dengan gigih dan berusaha untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu bagi acara bola tampar akhir yang berakhir semalam menyaksikan pasukan Papar dan Lahad Datu berjaya mengungguli bagi kategori lelaki dan wanita.

Pasukan bola tampar lelaki Lahad Datu yang juga pasukan pilihan telah menundukkan pasukan Tuaran dengan keputusan 2-1. 

Sesi foto bersama para pemenang acara sukan bola tampar kategori lelaki.

Set pertama menyaksikan saingan sengit kedua-dua pasukan yang berentap dan berakhir dengan keputusan 25-19 berpihak kepada Lahad Datu.

Pasukan Tuaran cuba bangkit pada set kedua dan berjaya menewaskan Lahad Datu dengan keputusan 26-24 seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan Lahad Datu kembali membuktikan mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai acara bola tampar Saga X 2023 apabila menang bergaya 15-6 sekaligus membawa pulang pingat emas untuk kontinjen mereka.

Gembira, pasukan bola tampar Papar bergambar mempamerkan pingat yang mereka menangi.

Dalam kategori wanita pula pasukan daerah Papar telah menjadi johan selepas menewaskan pasukan Kalabakan straight set dengan kiraan mata 25-20 dan 25-23 seterusnya merangkul pingat emas dalam kategori tersebut.

Pasukan bola tampar lelaki Sandakan dan pasukan bola tampar wanita Nabawan masing-masing membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pasukan lelaki dan wanita Pitas dalam perlawanan penentuan tempat ketiga

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular