HomeIsu tempatanAkademi Al-Quran dan Tarannum diperluaskan kepada golongan muda, pelajar sekolah

Akademi Al-Quran dan Tarannum diperluaskan kepada golongan muda, pelajar sekolah

Read Time:1 Minute, 25 Second

Beaufort : Pelaksanaan Akademi Al-Quran dan Tarannum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan diperluaskan kepada golongan muda khususnya pelajar sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bagi menggilap dan mendidik golongan muda agar dapat menjadi pelapis Qari dan Qariah pada masa akan datang.

“Saya melihat 80 peratus daripada peserta tilawah pada kali ini datangnya dari Akademi Al-Quran dan Tarannum yang kita usahakan pada Julai lalu.  Ini adalah usaha kita bagi memperkasa mutu bacaan Al-Quran.

“Justeru kita mencadangkan tahun depan akademi ini akan kita teruskan untuk melibatkan anak-anak muda kita khususnya mereka yang masih berada di bangku sekolah lagi.  Bakat mereka perlu digilap dan dididik  kerana mereka ini adalah pelapis masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quan Peringkat Zon Gadng dan Festival Kesenian Islam peringkat DUN Lumadan.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, daerah ini juga mempunyai sejarah terdiri apabila turut melahirkan Qari dan Qariah di peringkat negeri Sabah dan juga Kebangsaan.

“Untuk tahun ini, kita belum melibatkan anak-anak lagi, tetapi tahun depan kita akan minta pengerusi masjid di DUN Lumadan yang bersedia untuk melaksanakan akademi untuk golongan mud aini.

“Golongan muda ini juga kita lihat agak cepat untuk belajar.  Jadi sasaran ita untuk ini adalah berdasarkan keupayaan masjid itu sendiri sama ada diperingkat awal seramai 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan,” katanya.

Pada Julai lalu, Ruslan mengumumkan Akademi Al-Quran dan Tarannum khusus untuk dewasa dilaksanakan bagi melahirkan Qari dan Qariah yang bermutu tinggi dalam bacaan Al-Quran.

Katanya, ini sekaligus dapat mempersiapkan diri para Qari dan Qariah bertanding diperingkat yang lebih tinggi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular