HomeLuar negaraWelch wanita pertama jadi pengadil EPL

Welch wanita pertama jadi pengadil EPL

Read Time:36 Second

LONDON – Rebecca Welch muncul wanita pertama mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Burnley dan Fulham di Craven Cottage malam tadi.

Perlawananan itu menyaksikan Burnley menang 2-0 ke atas Fulham.

Welch, 40, yang berasal dari Washington di timur laut England, bekerja dengan perkhidmatan kesihatan kebangsaan apabila beliau memulakan karier pengadilan pada tahun 2010.

Kariernya terus berkembang dan pada tahun 2021 muncul wanita pertama mengadili perlawanan dalam Liga Bolasepak Inggeris (EFL) apabila beliau mengendalikan perlawanan divisyen empat antara Harrogate dan Port Vale.

Welch turut menjadi pegawai perlawanan wanita pertama mengadili aksi dalam Liga Kejuaraan dan pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Bulan lalu, Welch muncul wanita pertama bertindak sebagai pegawai perlawanan keempat pada aksi EPL membabitkan Fulham dan Manchester United. – Agensi

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya