HomeUtamaSPRM sahkan siasat Daim atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram

SPRM sahkan siasat Daim atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram

Read Time:1 Minute, 43 Second

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri kewangan yang juga konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin menjurus kepada bagaimana pembelian-pembelian aset dan perniagaan miliknya diperoleh.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sitaan bangunan Menara Ilham oleh SPRM adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6% ekuiti oleh UEM Group.

Dalam pada itu, menurut laporan portal itu lagi, Sumber mendedahkan kepada mereka bahawa siasatan SPRM akan menumpukan bagaimana pemilikan aset-aset yang dikaitkan bekas pemimpin kanan ini dapat dibuat dan sumber daripada mana.

Kata sumber itu, selain bangunan Menara Ilham, hartanah seperti hotel dan institusi perbankan dipercayai di luar negara yang mempunyai kaitan dengan Daim juga disiasat.

“Setakat ini, hartanah, bank atau perniagaan ada yang telah dikenal pasti oleh SPRM dan ada sedang disahkan terutama berada di luar negara,” katanya

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan yang dilalukan terhadap Daim lapor portal itu lagi.

Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Beliau turut memberi jaminan tindakan sitaan bangunan Menara Ilham oleh yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar ini Jumaat lalu tidak akan menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya.

“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya

Azam berkata, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham itu bukan satu-satunya kes.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik bekas menteri kewangan itu.

Perdana Menteri berkata, siasatan itu dibuat tanpa mengira kedudukan, tanpa pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak mahupun berniat jahat.

.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular