HomeUtamaLelaki mati dibunuh dalam pergaduhan di Penampang

Lelaki mati dibunuh dalam pergaduhan di Penampang

Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dengan menggunakan senjata parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintenden Sammy Newton berkata, pada jam 4.44 pagi tadi (24 Dis) pihak polis menerima aduan awam mengenai satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki dengan menggunakan senjata jenis parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati terdapat satu lelaki warga asing, berumur 29 tahun, terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa telah dilaporkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dari Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, kes masih dalam siasatan pihak polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Pihak polis meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan
Jenayah IPD Penampang, Asistan Superintenden Andi Ma’ Mur Halwati di talian 019-5853918.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak meyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuatnaik atau menyebarkan sebarang info yang tidak sahih DI platform media sosial yang boleh mengundang kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular