HomeSukanPerlawanan persahabatan erat hubungan, hindar terjebak aktiviti tidak sihat

Perlawanan persahabatan erat hubungan, hindar terjebak aktiviti tidak sihat

Read Time:41 Second

Bongawan : Perlawanan persahabatan bola sepak bersama golongan belia khususnya di daerah ini mampu menghindar dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

Ketua Pemuda UMNO Kimanis Mohd Zulfadli Musri berkata, aktiviti riadah itu akan terus dilaksanakan agar hubugan silaturrahim antara belia dapat terus dipereratkan lagi.

“Ini dapat memupuk semangat bersukan dan amalan gaya hidup sihat, secara tidak langsung, pihak kita dapat bertukar-tukar pendapat selain perkongsian maklumat daripada orang awam khususnya belia dalam membangunkan aktiviti sukan di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, konsep itu mampu mewujudkan belia yang sihat dan cergas selain membudayakan penjagaan kesihatan.

“Perlawanan itu juga penting dalam membentuk hubungan harmoni golongan belia dan masyarakat setempat agar terus aktif dalam sukan bola sepak,” katanya.

Pada perlawanan persahabatan itu pemuda cawangan berjaya menewaskan kelab belia penjajah FC 7-2 di padang bola sepak Ulu Lumagar Bongawan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular