HomeIsu tempatanYayasan Petronas beri keceriaan kepada 200 keluarga sempena Krismas

Yayasan Petronas beri keceriaan kepada 200 keluarga sempena Krismas

Read Time:54 Second

Matunggong : Seramai 200 keluarga terdiri daripada komuniti B40 di daerah kecil Matunggong dan Sikuati di sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan Yayasan Petronas.

Penyerahan sumbangan sempena sambutan Krismas itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Baru Matunggong di sini baru-baru ini.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan menerusi program anjuran Petronas Sabah dan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah itu melibatkan keperluan makanan, biskut perayaan dan kad hadiah Petronas.

Selain Matunggong dan Sikuati, sumbangan itu turut diserahkan kepada 600 penerima lain melibatkan beberapa kawasan antaranya Long Pasia; Nabawan; Kuala Sapi dan Liawan.

Ketua Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, pihaknya telahmendekati masyarakat di seluruh negara bukan saja dalam menyediakan makanan tetapi turut mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan.

Dengan inisiatif sumbangan Krismas ini, Yayasan Petronas akan mengagihkan barangan makanan perayaan kepada 11,850 keluarga di seluruh negara tahun ini.

Sumbangan itu, yang meliputi sambutan perayaan utama di Malaysia termasuk Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Gawai, Kaamatan, dan Deepavali.

Ia juga menjadi bukti komitmen yayasan itu ke arah memberi impak positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan semasa perayaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular