HomeUtama99% pengguna domestik Sabah, Labuan tidak terjejas pelarasan tarif elektrik tempoh...

99% pengguna domestik Sabah, Labuan tidak terjejas pelarasan tarif elektrik tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024

Read Time:1 Minute, 28 Second

PUTRAJAYA: Sejumlah 99 peratus atau 561 ribu pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Berikutan arahan daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (Kementerian), Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman ini, untuk dan bagi pihak Kementerian menerusi satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Kata kenyataan itu, pihak kerajaan pada 13 Disember 2023 telah bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (Imbalance Cost Pass-Through ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024 seperti berikut:

i. pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna domestik (tarif DM) dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (s1,500 kWj);

ii. pengguna domestik (tarif DM) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj; dan pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS);

iv. pengecualian surcaj ICPT turut diberikan kepada pengguna bukan domestik yang terdiri daripada operator air dan pembetungan dalam kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1); dan pengguna bukan domestik selain di perenggan iii. dan iv. dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj.

“Berdasarkan keputusan ini, sejumlah 99 peratus atau 561 ribu pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

“Manakala berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM161.70 juta subsidi kepada kategori-kategori pengguna di perenggan i., iii. dan iv. bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini,” kata kenyatan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular