HomeUtamaDua maut, seorang cedera, kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau

Dua maut, seorang cedera, kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau

Read Time:1 Minute, 13 Second

PAPAR: Dua lelaki maut manakala seorang cedera dan bayi perempuan berusia satu tahun tidak mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 45, Jalan Kimanis-Keningau awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.50 awal pagi tadi (29 Dis).

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 1.15 pagi tadi semasa pemandu kenderaan jenis Proton Persona bersama tiga orang penumpang dari arah Kota Kinabalu menuju ke Keningau.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika sedang mendaki bukit, kenderaan Proton Persona hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan lori jenis Hino yang datang dari arah Keningau telah bertembung dengan kenderaan Proton Persona lalu kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu berumur 33 tahun dan penumpang hadapan Proton Persona telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala, seorang penumpang belakang (perempuan) dalam Proton Persona mengalami kecederaan dan dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Papar dan kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Manakala terdapat seorang bayi perempuan berusia satu tahun merupakan anak kepada mangsa dalam Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Kamaruddin berkata, pemandu lori berumur 35 tahun dan seorang kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular