HomeUtamaPenyatuan besar parti-parti tempatan Sabah, cadangan yang baik - Hajiji

Penyatuan besar parti-parti tempatan Sabah, cadangan yang baik – Hajiji

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan cadangan penyatuan besar atau jalin kerjasama antara parti-parti tempatan di negeri ini.

“Itu satu cadangan yang paling baik, sudah sampai masanya kita orang-orang Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan tetapi juga menjaga kepentingan nasional.

“Ini paling penting, kita bersatu kita fokus kepada pembangunan negeri Sabah dan rakyatnya, janganlah kita terlampau berpolitik sehingga kita lupa kepada keperluan asas kepada rakyat kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ruma Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini hari ini.

Hajiji berkata demikian mengulas ringkas mengenai kenyataan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick baru-baru ini menyatakan tidak menolak kemungkinan parti itu menjadi sebahagian daripada penyatuan besar parti tempatan di negeri ini.

Ini juga dilihat berdasarkan kerjasama yang telah dijalinkan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) demi perpaduan rakyat berbilang kaum.

Mengulas lanjut mengenai majlis hari ini, Hajiji berkata, program hari ini menggambarkan sesuatu yang unik dan sudah menjadi kebiasaan di negeri Sabah, menjadi turun temurun meraikan apa juga perayaan bersama-sama.

“Saya berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

“Ianya menunjukkan bahawa walupun kita mempunyai kepelbagaian tetapi kita bersatu dalam kepentingan bersama dan untuk rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Jadi ini amat baik menunjukkan kerharmonian dan perpaduan kita di Sabah begitu unik, ini kita kena pelihara dan turunkan kepada anak cucu kita di masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya