HomeIsu tempatanAmbil peluang bawa sejarah, lagenda etnik Sabah ke layar perak

Ambil peluang bawa sejarah, lagenda etnik Sabah ke layar perak

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Penggiat seni filem khususnya di Sabah digesa agar dapat mengambil peluang yang ada termasuk membawa sejarah dan lagenda etnik di negeri ini ke layar perak.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Datuk Ruslan Muharam berkata, sejarah etnik Bisaya yang turut mempunyai sejarah tersendiri juga boleh dijadikan bahan menarik untuk dibuat filem.

Beliau turut berbangga apabila penggiat perfileman di negeri ini dapat menerbitkan filem Namatai yang mengisahkan adat budaya etnik Dusun Tindal selain sejarah kawad maut atau ‘Death March’.

“Selepas kita menonton filem ini (Namatai), kita juga (etnik Bisaya) sebenarnya ada sejarah-sejarah yang boleh kita buat satu filem. Ia termasuklah sejarah peperangan yang berlaku di Padas Damit Beaufort.

“Kita juga melihat beberapa bukti kukuh mengenaim sejarah yang ada termasuklah tugu-tugu yang masih wujud sehingga kini. Ini adalah peninggalan sejarah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri tayangan hari pertama Namatai di sini semalam.

Filem Namatai merupakan sebuah filem aksi tempatan yang mula ditayangkan di lebih 50 buah pawagam di seluruh negara mulai semalam.

Berlatarbelakangkan kisah ‘Death March’ Sandakan-Ranau dan budaya masyarakat Dusun pada zaman sebelum merdeka, ia disasar membuka era baharu perfileman di Sabah.

Filem yang menggunakan dialek Melayu Sabah dan bahasa Dusun itu juga memiliki unsur antarabangsa yang memungkinkan ia menembusi pasaran luar, khususnya Australia dan Britian.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, pihaknya juga sedia untuk bekerjasama dan membuka ruang yang ada kepada semua penerbit untuk bersama mengangkat lagenda sejarah etnik khususnya kaum Bisaya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pengarah, saudara Marlin kerana berjaya untuk menghasilkan satu karya lagenda dan juga pastinya keunikan dan juga kita dapat mempromosi kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini.

“Selaku Presiden PBBS, saya ingat kalau ada penggiat seni kita dapat mengambil peluant ini, kita di peringkat persatuan akan bersedia untuk memberi kerjasama dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua bot tempatan ditahan, gagal patuhi syarat sah lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya