HomeIsu tempatanPembinaan Klinik Kesihatan 2 Penampang akan diteruskan

Pembinaan Klinik Kesihatan 2 Penampang akan diteruskan

Read Time:1 Minute, 44 Second

Penampang: Cadangan pembinaan Klinik Kesihatan 2 Penampang yang tertangguh sejak sekian lama akan diteruskan di tapak yang telah dikenalpasti dan ditebus guna sebelum ini.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, susulan perbincangan dengan mantan Menteri Kesihatan sebelum ini, cadangan pembinaan itu kini di peringkat perolehan.

“Syukurlah Kementerian Kesihatan meneruskan projek tersebut dan saya ingin melihat projek ini menjadi realiti. Saya juga berharap agar berharap pembinaan klinik ini dapat dibina seberapa segera untuk manfaat masyarakat di sini.

“Perkara ini juga dibincangkan dengan konsisten dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah Penampang yang diadakan sekali setiap dua bulan.

“Oleh itu sebagai wakil rakyat Penampang, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan projek-projek tertangguh di Penampang  dilaksanakan dan seterusnya merancang cadangan serta kemudahan baharu sesuai dengan keperluan rakyat Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Krismas Bersama Kanak-Kanak anjuran Pertubuhan Pembangunan Wanita Desa Pantai Barat Sabah (DESANITA) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Penampang dan Pejabat Daerah Penampang, di Klinik kesihatan Penampang, di sini, semalam.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi  berkata, untuk jangka masa panjang, sesuai dengan pertambahan populasi di Penampang dan daerah-daerah lain yang bersempadan dengan Penampang, termasuk Putatan dan Sepanggar terdapat keperluan membina satu hospital.

“Saya berpendapat masih ada keperluan untuk membina satu lagi hospital pada masa akan datang sesuai dengan pertambahan populasi di Penampang dan daerah-daerah yang bersempadan dengan daerah ini,” katanya.

Ketika ditanya faktor penyebab pembinaan Klinik Kesihatan 2 Penampang tertanguh, Ewon berkata: “Saya tidak mahu mempersalahkan pentadbiran yang lepas tetapi selaku wakil rakyat yang baharu saya telah mengambil langkah proaktif mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan dan syukur Kementerian Kesihatan meneruskan projek ini”.

Selain memastikan projek-projek tertangguh di Penampang dilaksanakan, beliau juga mahu cadangan dan kemudahan-kemudahan baharu seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Penampang dilaksanakan dengan baik.

“Pelan Pembangunan Penampang telah dilancarkan semasa sambutan Karnival Hari Penajaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Buhavan Square baru-baru ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau telah memberi sokongan penuh kepada pelan tersebut dan meminta saya untuk menyusuli dengan semua kementerian termasuk kerajaan negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya