HomeSukanSAGA X : Atlet kontinjen Kota Kinabalu berjaya rangkul pingat terima insentif...

SAGA X : Atlet kontinjen Kota Kinabalu berjaya rangkul pingat terima insentif RM25,000

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Atlet mewakili kontinjen Kota Kinabalu yang berjaya merangkul pingat pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 baru-baru ini menerima pengiktirafan dan insentif atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang temasya berlangsung.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Junainah Abbie berkata, sejumlah RM25,000 peruntukan diluluskan untuk disalurkan kepada atlet yang berjaya membawa pulang 32 emas. 25 perak dan 30 gangsa.

“Kejayaan merangkul pingat oleh para atlet kontinjen Kota Kinabalu semasa temasya sukan pada kali ini, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip telah meluluskan sejumlah RM 25,000.00 sebagai pengiktirafan dan insentif atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang temasya tersebut berlangsung.

“Sebanyak 22 jenis sukan telah dipertandingkan sejak ianya bermula pada 14hb Disember lalulalu dan kontinjen Kota Kinabalu telah menghantar seramai 481 peserta termasuk atlet, jurulatih, pengurus dan urus setia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, temasya yang melabuhkan tirainya pada 21 Disember lalu tu juga menyaksikan Kota Kinabalu berjaya dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada edisi penganjuran kali ini.

Katanya, insentif itu diharap dapat menyuntik semangat moral kepada para atlet untuk terus mengharumkan nama baik Kota Kinabalu dan Sabah melalui sukan.

“Kita juga berharap agar semakin ramai anak muda di luar sana akan mengikut jejak langkah kejayaan yang sama dan menempa kejayaan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya