HomePendapatIndustri padi 2024 ke mana hala tuju kerajaan Madani ?

Industri padi 2024 ke mana hala tuju kerajaan Madani ?

Read Time:2 Minute, 31 Second

Oleh Nahar Tajri

Tahun 2023 sudah pun berlalu dengan pelbagai isu dan polemik yang sedikit sebanyak menghangatkan suasana sepanjang tahun.

Isu politik sudah pastinya menjadi perkara yang sentiasa hangat diperkatakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Boleh dikatakan tirai 2023 di tutup dengan isu politik yang tidak berkesudahan seperti “tebuk atap”, “kerajaan gagal” dan dinoktahkan dengan cerita kegagalan langkah Dubai pada saat saat akhir 2023.

Apapun noktah itu tidak akan berakhir begitu sahaja dan ia dijangka berlanjutan sehingga sepanjang 2024 ini.

Inilah sisi gelap ahli politik Malaysia terutama mereka tidak menjadi kerajaan yang sentiasa berpolitik tentang kuasa tetapi jarang sekali membawa isu isu rakyat atau ekonomi setara dengan kedudukan mereka di sisi masyarakat.

Misalnya isu kepenggunaan juga tidak kurang hebatnya apabila kita terpaksa menghadapi satu tempoh dalam tahun 2023 berkenaan kurangnya stok beras tempatan, hasil padi yang merosot dan isu orang tengah dalam industri padi yang mengajak keseluruhan sistem sejak sekian lama di negara ini.

Isu kekurangan stok beras tempatan menyebabkan ketegangan dikalangan masyarakat yang pada masa itu menghadapi masalah harga barangan melambung sedangkan pendapatan mereka semakin berkurangan.

Isu beras tempatan jadi panas apabila sebilangan pengguna beralih kepada beras tempatan untuk mengimbangi kenaikan mendadak harga beras import dengan pendapatan mereka yang semakin merosot.

Kerajaan bertindak dengan mengadakan jualan langsung kepada pengguna, subsidi tambahan kepada beras import untuk mengimbangi kembali harga beras dan penguatkuasaan berterusan.

Kerajaan juga selain itu mengenakan harga lantai RM1300 bertujuan untuk menstabilkan pendapatan petani yang menghadapi masalah pendapatan menurun akibat kurang hasil.

Nah di sini boleh kita mulakan tahun baru 2024 ini dengan matlamat baru bagi menyesaikan masalah dan memajukan lagi industri penanaman padi.

Pertamanya industri padi ini perlu “overhaul” dari soal benih dan penanaman kemudian penuaian hasil padi hingga masuk ke peringkat penjualan kepada pengguna.

Sebenarnya sudah ramai tokoh masyarakat dan ahli politik yang bercakap mengenai perkara ini namun belum ada mana mana Menteri atau kerajaan yang mampu merealisasikannya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada September tahun lalu pernah bersuara lantang mengenai perkara ini.

Apa yang diungkapkan beliau adalah keseluruhan sistem perlu di “overhaul” kerana sudah terlalu lama rosak hingga menyebabkan petani sentiasa menjadi mangsa.

Beliau juga bercakap berdasarkan ketetapan kerajaan bahawa Negeri Kedah adalah negeri jelapang padi hingga akhirnya apa yang dialami petani atau pesawah selama ini sedikit sebanyak menghadkan kemajuan negeri itu sendiri.

Demikian juga, Pengerusi MADA, Datuk Ismail Salleh yang turut menyuarakan bahawa isu monopoli yang menjadi antara sebab mengapa insdutri padi negara sukar untuk di pulihkan.

Inilah sebabnya naratif politik Sanusi dalam yang membawa suara bahawa selama ini “orang Melayu/ pesawah ditipu” menyuap satu mesej politik berkesan ke dalam minda masyarakat Malaysia terutama di Kedah dengan sangat mendalam.

Soalnya sampai bila kita perlu menghadapi isu yang sama berulang ulang selama kurang lebih 60 tahun seperti ini?

Apakah kerajaan perpaduan akan kembali mengambil langkah penyelesaian pendek tanpa mengambil kira keseluruhan faktor yang membelenggu industri padi negara.

Di tahun 2024 kerajaan ada pilihan sama ada menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang atau meneruskan keadaan sedia ada dengan sedikit gula gula kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular