HomeUtamaIsu Pengurusan SESB gamatkan Sidang DUN Sabah

Isu Pengurusan SESB gamatkan Sidang DUN Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong mempersoal beberapa tindakan pengurusan tertinggi SESB berhubung perkara yang dikaitkan dengan etika kerja dalam syarikat utiliti itu.

Beliau berkata, individu tertinggi yang dinamakan sebagai pengerusi baharu syarikat utiliti itu dilihat telah melantik kakitangan baharu dengan jumlah yang begitu ramai.

“Sebagai pengerusi SESB, adakah perlu untuk melantik 13 kakitangan baharu sedangkan sebelum ini hanya mempunyai seorang atau dua orang saja yang membantunya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 sempena mesyuarat khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Junz berkata, syarikat utiliti itu tidak memerlukan kos tambahan yang tidak perlu tetapi harus memberi tumpuan kepada penyediaan bekalan kuasa tanpa gangguan kepada rakyat khususnya di negeri ini.

Katanya, pelbagai kelemahan lain dalam organisasi itu termasuk dakwaan di mana ‘Cybertrooper’ digunakan oleh pegawai pengurusan kanan untuk menentang komen negatif dalam akaun media sosial SESB dan pengerusi.

Dalam pada itu, Junz turut mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan telah menarik balik faedah perubatan untuk kakitangan dan pesara SESB.

Katanya, kakitangan dan pesara dilihat tidak lagi dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital swasta seperti yang dibenarkan sebelum ini.

“Kami memerlukan tenaga kerja yang sihat dan gembira untuk penyampaian SESB, jadi adakah bijak untuk menghapuskan faedah perubatan daripada kakitangan yang mereka semua nikmati sejak beberapa dekad lalu.

“Ketua Pegawai Eksekutif juga harus memberi tumpuan kepada penyampaian tugas dan syarikat selain bagaimana untuk meningkatkan keuntungan kepada SESB.  Pegawai atasan juga tidak seharusnya berpolitik dan sudah tentu tidak menggunakan SESB sebagai alat untuk mempertahankan imej peribadi mereka sendiri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular