HomeUtamaJasa, sumbangan Tun Mustapha akan terus diingati

Jasa, sumbangan Tun Mustapha akan terus diingati

Read Time:1 Minute, 22 Second

Putatan : Jasa dan sumbangan Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam pelbagai bidang termasuk dakwah  akan terus diingati.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, beliau juga merupakan seorang pejuang bangsa, negarawan dan pahlawan ummah selain turut dikenali tokoh pemimpin antarabangsa.

“Pada setiap tahun kita mengadakan satu majlis memperingati kewafatan sempena pemergian Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang pejuang bangsa, seorang negarawan ulung, tokoh pejuang dan pahlawan ummah serta pendakwah ternama.

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

“Bukan saja di Sabah malah diperingkat dunia, beliau turut dikenali oleh tokoh-tokoh pemimpin antarabangsa sebagai pejuang dan pendakwah terkenal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun di Tun Datu Mustapha Memorial Park di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali, Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh, Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said.

Terdahulu, seramai 100 orang hadir mengimarahkan majlis tahlil sempena genapnya 29 tahun pemergian Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama itu pada 2 Januari 1995 yang lalu.

Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting memulakan majlis dengan memimpin bacaan tahlil dan disusuli bacaan doa oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Sejurus selepas itu, para hadirin mengambil kesempatan menyiram air mawar di pusara Tun Datu Mustapha dan isteri Almarhumah Toh Puan Rahmah Zulkanian sebagai tanda penghormatan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular