HomeUtamaKes denggi turun 1.8 peratus, 11 kematian sehingga ME52 di Sabah tahun...

Kes denggi turun 1.8 peratus, 11 kematian sehingga ME52 di Sabah tahun lalu

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Jumlah kes demam denggi di Sabah menurun 1.8 peratus kepada 6,983 kes sehingga Minggu Epidemiologi 52 (ME-52) tahun lalu berbanding 7,110 kes dilaporkan pada tahun 2022

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, sebanyak 11 kematian akibat komplikasi demam denggi dengan kadar kematian sebanyak 0.16 peratus.

Katanya, kes kematian itu melibatkan lapan daerah iaitu tiga di Sandakan; dua di Kunak dan masing-masing satu di Papar, Semporna; Kudat; Nabawan; Putatan serta Tuaran.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 10 kematian akibat komplikasi demam denggi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dr Asits berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dijangka akan berlaku curahan hujan berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) di sepanjang bulan Januari dan Februari tahun ini.

Justeru itu katanya, orang ramai diminta mengambil langkah-langkah pencegahan, antaranya melakukan aktiviti cari dan musnah di sekeliling premis 10 minit setiap minggu dan gotong- royong di kawasan kediaman masing-masing.

“Selain itu, orang ramai diminta untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti menggunakan repelan dan semburan aerosol ketika waktu nyamuk aktif iaitu pada waktu awal pagi (jam 5 hingga 7 pagi) dan lewat petang (jam 5 hingga 7 petang).

“Orang ramai juga diminta untuk mendapatkan rawatan awal di mana-mana fasiliti kesihatan jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit sendi/tulang/otot, sakit kepala yang kuat serta sakit di belakang mata.

“Dapatkan maklumat terkini denggi di aplikasi iDengue atau melalui pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/. Ambil peduli bahaya denggi, jika tidak maut menanti. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular