HomeUtamaSESB secara teknikal sudah muflis - Pengerusi

SESB secara teknikal sudah muflis – Pengerusi

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) secara teknikal sudah muflis apabila syarikat utiliti yang membekalkan bekalan elektrik di negeri ini bergantung penuh terhadap subsidi kerajaan persekutuan untuk memastikan kelangsungan operasi.

Pengerusi SESB Datuk Seri Madius Tangau berkata, ia dapat dilihat apabila tarif jualan elektrik kepada pengguna lebih rendah iaitu RM0.34 berbanding kos pembelian atau penjanaan iaitu RM0.43 sen seunit elektrik.

“Dalam erti kata lain, SESB mengalami kerugian sekitar hampir RM0.10 dalam seunit jualan elektrik kepada pengguna. Bagi menampung kerugian ini, maka kerajaan persekutuan memberikan subsidi, yang mana tahun lalu sahaja sekitar RM800 juta subsidi diperuntukkan kepada SESB.

Madius Tangau

“Cabaran inilah yang juga perlu diambil kira, ditangani dan difikirkan kerajaan Sabah dalam usaha mengambil alih kepemilikan penuh SESB,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran menaruh keyakinan bahawa ia boleh dicapai dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang sekiranya Pelan Transformasi SESB dapat dijayakan bersama seluruh pemegang taruh.

Dalam pada itu, Madius berkata, beliau menyambut baik penurunan kuasa urus tadbir bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sabah selepas tiga Rang Undang-undang (RUU)  diluluskan dalam Mesyuarat Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Menurut beliau, kelulusan tiga RUU berkenaan tepat pada masanya dalam reformasi urus tadbir kerajaan yakni desentralisasi kuasa sekali gus memperluaskan autonomi kerajaan Sabah yang sebelum ini tidak merangkumi kawal selia bekalan tenaga.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberi kepercayaan dan keyakinan kepada Sabah. Kepada Kerajaan Sabah tahniah dan Syabas diatas kesanggupan menerima tanggungjawab yang mencabar ini dan ini merupakan pencapaian yang bersejarah.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar kuasa autonomi ini turut diperluaskan kepada SESB selaku syarikat utiliti yang berniaga membekalkan bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. –

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular