HomeSukanAzhar terima geran latihan RM21,000

Azhar terima geran latihan RM21,000

Read Time:47 Second

Tuaran : Pemenang pingat emas acara badminton perseorangan lelaki Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10, Muhammad Nur Azhar Zunaide menerima geran latihan bernilai RM21,000.

Geran tajaan CyberSafety Enterprise itu diserahkan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini, semalam.

Pengarah Urusan CyberSafety Enterprise, Datuk Dr. Salleh Abdullah berkata, pemberian geran tersebut adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan latihan Azhar bagi tahun 2024.

“Geran latihan berjumlah RM21,000 itu meliputi beberapa perkara antaranya elaun bulanan, elaun pembaikan peralatan sukan serta perbelanjaan menyertai kejohanan sepanjang tahun 2024.

“Azhar telah mula berlatih di bawah bimbingan saya sejak berusia 11 tahun dan melihat kepada prestasi yang ditunjukkan, saya mengambil keputusan untuk menaja beliau secara rasmi bermula tahun ini.

“Dengan tajaan ini, saya berharap dapat melahirkan seorang pemain daripada pedalaman Sabah yang akan mengharumkan nama negara satu masa nanti,” katanya.

Beliau yang juga jurulatih kepada Azhar menyeru supaya lebih ramai pihak terutama syarikat swasta untuk mengambil inisiatif sedemikian bagi membangunkan sukan negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular