HomeUtamaRM225 juta untuk laksana program 'Community Drumming' tahun ini

RM225 juta untuk laksana program ‘Community Drumming’ tahun ini

Read Time:2 Minute, 8 Second

Tenom : Kerajaan Persekutuan memperuntukan sejumlah RM225 juta bagi melaksanakan program pengedaran barang perlu, gas petroleum cecair LPG dan penyeragaman harga (Community Drumming) di enam buah negeri pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara negeri terlibat adalah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terenggani, Pahang dan Kedah.

“Bagi negeri Sabah, sebanyak 654 pusat penjualan (PoS) telah dikenal pasti bagi pelaksanaan tahun ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM79.7 juta.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sedang dalam proses menambahbaik pelaksanaan program ini yang melibatkan tiga aspek,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan  program engedaran barang perlu, gas petroleum cecair LPG dan ‘Community Drumming’ sekitar daerah ini di sini hari ini.

Azmizan berkata, antara proses penambahbaikan itu termasuklah tatacara perolehan; mekanisme kawalan dan pematuhan dan penyasaran komuniti penerima.

Katanya, peringkat awal pelaksanaan proses perolehan pelantikan syarikat ‘transporter’ adalah melalui rundingan terus.

“Penambahbaikan tatacara perolehan melalui kaedah tender terbuka yang telah mula dirintis pada pertengahan tahun 2023 secara menyeluruh.

“Bagi mekanisme kawalan dan pematuhan, kajian mengenai perkara ini sedang dilaksanakan untuk menambahbaik mekanisme kawalan dan pematuhan sedia ada yang bergantung kepada pelaporan secara manual.

“Ini termasuk pengukuhan pelaporan bergambar dan mempertimbangkan pembangunan sistem khas dengan mengambil kira isu kebolehcapaian internet di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau turut berkata, penambahbaikan pelaksanaan program ini juga akana menangani isu ketirisan dan memastikan sumber bekalan yang terhad dapat dinikmati oleh kumpulan sasaran.

“Ini termasuk mendapatkan penglibatan proaktif pentadbiran setempat untuk mencadangkan PoS dan penerima manfaat di kalangan kumpulan sasar,” katanya.

Menurutnya lagi, KPDN akan berusaha untuk menambahbaik pelaksanaan ini untuk memastikan objektif program dapat dicapai dan sekali gus membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat sejajar dengan dasar penyasaran subisidi di bawah Kerajaan Madani.

Program ini melibatkan pemberian subsidi kerajaan melalui pelantikan syarikat-syarikat ‘transporter’ yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang-barang perlu dan kawalan yang terpilih daripada pusat/sumber bekalan  kepada pusat penjualan di kawasan pedalaman dan pulau.  

Objektif program ini adalah untuk memastikan para penduduk di kawasan pedalaman terpilih mempunyai akses kepada sejumlah barangan perlu khususnya barangan kawalan pada harga yang sama yang dinikmati oleh para penduduk di kawasan lain.

Pada masa yang sama, program ini juga dapat membantu mewujudkan kestabilan bekalan barang perlu dan kawalan di kawasan pedalaman.

Melalui program ini, kos pengangkutan barangan ke kawasan pedalaman terpilih dibiayai oleh kerajaan.

Tujuh jenis barangan yang terlibat dalam program ini ialah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair LPG (tong gas memasak), petrol RON95 dan diesel. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular