HomePolitikJohair lepas semua jawatan dalam parti, nyata sokongan kepada Gagasan Rakyat

Johair lepas semua jawatan dalam parti, nyata sokongan kepada Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 23 Second

Beaufort : Naib Presiden 1 Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Johair Matlani hari ini mengumumkan meletak semua jawatan yang dipegang dalam parti itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, ia termasuklah turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian PKDM Parlimen Beaufort.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah selepas dipersetujui bersama dikalangan pimpinan jawatankuasa bahagian dan sayap-sayap parti bahagian itu tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Selepas ini kami ingin menyatakan sokongan dan meneruskan perjuangan bersama Yang Berhormat (YB) Datuk Isnin Aliasneh selaku ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Klias yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan YB Datuk Limus Jury, ADUN Kuala Penyu yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuala Penyu

“Dengan jiwa besar kami meletak keyakinan bahawa Gagasan Rakyat dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) masih mampu menerajui Sabah dan semangat keluarga besar yang telah sedia ada didalamnya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Jamuan Hi-Tea dan Pengumumam Keluar PKDM di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Klias Datuk Isnin Aliasneh.

Turut sama mengumumkan keluar parti itu bersama Johair adalah jawatankuasa PKDM Bahagian Beaufort serta kepimpinan tiga sayap PKDM bahagian.

Johair dalam pada itu turut merakamkan penghargaan tinggi kepada kepimpinan Presiden PKDM Datuk Peter Anthony yang telah bersungguh-sungguh menempatkan parti itu bersama barisan parti-parti di Sabah dan Persekutuan.

“Kami yakin satu masa kita tidak akan terpisah jauh, kami ucapkan terima kasih kepada YB Datuk Presiden dan seluruh keluarga besar parti KDM diatas kepercayaan selama ini,” katanya.

Dengan penyertaan itu ianya membuktikan bahawa GRS melalui Gagasan Rakyat di bahagian Beaufort khususnya DUN Klias semakin bertambah kuat. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular